.... EXCO Terengganu "Serang" PM? | AAKJ



Setelah menimbulkan kontroversi dengan mengkritik kepimpinan Menteri Besar Terengganu secara terbuka kepada media Selasa lalu, ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas Khas baru-baru ini pula membuat kenyataan menegaskan akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

“Tak ada, saya orang Umno… takkan saya nak keluar parti. Umno akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Kuala Terengganu Rabu lalu.

Namun semalam sekali lagi kontroversi tercetus apabila laman Facebok peribadi beliau bertindak memuatnaik perkongsian dari laman Facebook Suara Rakyat yang jelas merupakan pro pembangkang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam isu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai 1MDB.

Perkongsian di laman FB peribadi ADUN Ajil yang telah dipadamkan
LINK : https://www.facebook.com/ghazali.taib.5/posts/1730120687242548
Tindakan ini dilihat sama sekali bercanggah dengan kenyataan beliau untuk mempertahankan presiden baru-baru ini kepada media. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia bagi kerajaan Barisan Nasional di Terengganu, sudah tentunya tindakan sebegini menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah ketetapan prinsip yang sebenarnya dipegang oleh Ghazali.

Apakah kewajaran seorang EXCO Komunikasi dan Multimedia yang mewakili kerajaan Barisan Nasional bertindak sedemikian rupa? Apakah pula penjelasan yang bakal diberikan oleh Ghazali berkenaan perkongsian tersebut? Apakah kita bakal dapat mendengar perakuan berani dari seorang wakil rakyat? Atau alasan-alasan ‘cliche’ yang biasa digunakan seperti “akaun Facebook saya telah digodam?”

Bagi rekod, Ghazali telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan tindakan beliau sendiri. Menurut blog Teganukini 25 Julai lalu, Ghazali pernah mengingatkan agar bekas ADUN dan pegawai kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat 'kenyataan bodoh' yang boleh menjejaskan perpaduan Umno dan usaha kerajaan membawa kemajuan di Terengganu.

Walaubagaimanapun, tindakan beliau mengkritik kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif secara terbuka baru-baru ini menunjukkan Ghazali sendiri ‘cakap tak serupa bikin’ sedangkan beliau sepatutnya berjumpa secara persendirian dengan Menteri Besar bagi membincangkan isu tersebut.

Sewaktu perlantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar, beliau juga merupakan antara individu yang merajuk mahu keluar parti dan kemudiannya menarik balik surat perletakan jawatan. Beliau juga setelah itu berikrar dengan menyatakan taat setia beliau kepada Ahmad Razif sebagai peneraju kepimpinan negeri Terengganu.

“Saya akan setia dan taat kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagaimana saya setia dan taat kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said...”

Namun apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh beliau kini menunjukkan Ghazali adalah seorang pemimpin yang keliru dan tidak lagi sesuai berada di dalam barisan kepimpinan. Ini juga dinyatakan oleh Ketua Penerangan BadanPerhubungan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar yang telah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib supaya meletakkan jawatannya sebagai exco negeri.

"Ghazali merupakan exco kerajaan negeri, dalam kumpulan utama bagi pembuat dan pelaksana dasar. Mengapa kritik kerajaan di bawah kepimpinan Ahmad Razif sebagai tidak berfungsi sedangkan beliau sendiri di dalam kerajaan?

"Ia bermakna beliau juga gagal. Beliau perlu menjelaskan apakah ia, yang tidak berfungsi kerana beliau berkata secara umum yang memang mengelirukan," katanya kepada pemberita pada Rabu malam.

DIKEMASKINI :
Perkongsian di laman FB berkenaan difahamkan telahpun dipadamkan, Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan direkod dari Adun Ajil ataupun wakil beliau.

.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top