.... Bekas Pegawai Khas Mukhriz Dakwa Mahathir Mahu Anaknya Jadi PM | AAKJ



(Suara TV) – Bekas Pegawai Khas, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu amat berharap untuk menjadi Perdana Menteri.

Haris Che Mat yang juga merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena berkata kegagalan Mukhriz untuk menang ketika bertanding jawatan Naib Presiden lalu telah menyebabkan beliau marah dan menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Perjuangan Datuk Seri Mukhriz adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri secara ‘fast track’.”

“Ekoran kekalahan itu maka wujud usaha pihak tertentu untuk melakukan sabotaj terhadap 1MDB pada tahun 2014 supaya dapat menjerat dan menjatuhkan Najib,” katanya ketika sidang media khas yang diadakan sebentar tadi.

Haris turut mendakwa perancangan ini telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi.

“Ada pihak tertentu dikatakan memulakan perancangan untuk sabotaj IPO 1MDB pada awal tahun 2014 supaya 1MDB bermasalah.

“Isu 1MDB kemudiannya akan digunakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib,” dedahnya lagi.

Bekas pegawai kepada Mukhriz itu turut menjelaskan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berhasrat untuk memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan bagi memastikan Mukhriz diberi laluan mudah sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Mahathir nekad untuk menjatuhkan Najib kerana mahu melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ‘sementara’ sehingga Mukhriz menang pertandingan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2018.

“Kemudian Muhyiddin akan dipaksa untuk melepaskan jawatan yang disandang dan menyerah tampuk pemerintahan negara pada Mukhriz,” ujarnya lagi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top