.... Apa Komen KJ Bila 'Pendrive' Sudah Di Tangan | AAKJ



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil sikap kunci mulut berhubung isu pemacu pena atau pendrive yang diserahkan kepadanya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Khairy yang ditemui pemberita pada program Fit Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, di sini, pagi ini mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai perkara tersebut. 

Semalam, dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan bahawa pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu telah menyerahkan 'pendrive' yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Baharu. 

Menurut laman Facebook itu, Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM. 

Sementara itu, Khairy dalam ucapannya pada program itu berkata, beliau menyasarkan enam juta penyertaan pada sambutan Hari Sukan Negara tahun ini susulan kejayaan program itu pada tahun lepas. 

Sebanyak 8,915 peserta mengambil bahagian dalam program Fit Selangor dalam acara larian 5 kilometer dan 10 kilometer serta berbasikal 30 kilometer dan 10 kilometer.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top