.... Anak Daim Zainuddin Diisytihar Muflis Di Singapura | AAKJ



Anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis selepas gagal membayar hutang S$1.65 juta kepada Maybank Kim Eng Securities.

Md Wira Dani diisytiharkan muflis minggu lepas, menurut The Straits Times.

Harian itu melaporkan Maybank mendapat perintah mahkamah terhadap Wira pada Mac, apabila dia diminta membayar hutang S$2.459 juta.

Wira dikatakan meminjam sejumlah pegangan dalam LionGold Corp. Beliau pernah menjadi pengarah bukan eksekutif di syarikat itu.

Dia pada mulanya setuju untuk membuat bayaran ansuran tetapi hanya melangsaikan S$100,000 setakat Ogos 2014.

Susulan arahan mahkamah, bank itu bersetuju dengan tawaran dibuat peguam Wira untuk membayar balik S$1 juta dalam dua transaksi antara April hingga Jun tahun ini.

Maybank bagaimanapun hanya menerima S$835,950, yang membawa kepada pengisytiharan bankrap itu.

Kenyataan difailkan dengan Singapore Exchange menyebut Wira meletakkan jawatan di LionGold untuk menyelesaikan hal peribadi susulan arahan muflis itu.

Beliau dikehendaki berbuat demikian dalam tempoh 30 hari.

The Straits Times juga melaporkan bahawa dokumen-dokumen menunjukkan Wira mempunyai harta tanah di Singapura.

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top