.... ADUN Ajil Ejen Mat Said? | AAKJ




Apabila ditanya tentang kenyataannya mengenai 'teguran' beliau yang terbuka tentang pentadbiran MB Razif, Adun Ajil hanya menjawab bahawa beliau membawa apa yang rakyat Terengganu suarakan. Namun agak lucu apabila seorang yang berjawatan Exco negeri tidak mampu berhadapan dengan bosnya, Menteri Besar untuk meluahkan pandangan sekiranya wujud masalah pentadbiran yang ketara.

Apa yang rakyat Terengganu persoalkan, kenapa Adun Ajil yang juga dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Mat Said memilih jalan bersuara secara terbuka dan memilih masa hampir dengan sidang negeri yang bakal berlangsung minggu hadapan? Menurut sumber rapat, Mat Said akan mengusulkan seperti sebelumnya di Sidang DUN Terengganu, usul undi tidak percaya. Benarkah?

Dan rakyat Terengganu juga melihat perangai wakil rakyat Ajil ini seakan sama diketika Mat Said diganti sebagai Menteri Besar Terengganu dahulu. Beliau diberitakan antara Adun BN Terengganu yang nampak tidak berpihak kepada MB Razif?

Ada yang mula bersuara tentang prestasi beliau sebagai wakil rakyat di Ajil dan juga kegagalan berfungsi sebagai Exco yang dipegangnya. Malah ada yang mula 'gali' sejarah beliau sebelum menjadi wakil rakyat, benarkah beliau seorang 'guru yang gagal' atau dalam erti kata lain beliau tidak 'perform' ketika menjawat jawatan seorang guru?

Pintu pejabat MB Razif hanya beberapa langkah sahaja dari pejabat beliau di Pejabat Menteri Besar Terengganu. Mb Razif bukannya seorang yang sukar diajak berbincang malah seorang Menteri Besar yang sentiasa membuka ruang pandangan khasnya untuk kebaikan perjalanan pentadbirannya.

Mungkin Adun Ajil boleh menyenaraikan kejayaan portfolio yang beliau dipertanggungjawabkan selama ini supaya ianya dapat menyangkal dakwaan liar sesetengah pihak tentang dirinya. Jangan sampai kegagalan diri sendiri cuba dilenyapkan dengan menuding jari kepada orang lain.

Keberanian 'memberontak' hanya kerana perbezaan angka kerusi BN dan pembangkang di Terengganu begitu hampir. Bayangkan sekiranya kerusi BN jauh berbeda, telor kecut ke dalamlah nak buka mulut hapak!!

Politik Di Terengganu Masih Stabil - MB Razif
“Saya rasa tak ada apa-apa, itu hanya pandangan peribadi beliau dan kita hormat,” kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman ketika merujuk kenyataan seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mempertikaikan kepemimpinan dan pentadbirannya.
Katanya, beliau tidak menganggap perkara itu suatu masalah, sebaliknya melihat suasana politik Terengganu hari ini amat stabil.
“Insya-Allah kita akan teruskan dengan pentadbiran ini. Yang mustahak sekarang, saya perlu bergerak ke depan kerana yang penting adalah perkhidmatan untuk rakyat. Tidak ada apa-apa isu dalam perkara ini,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia negeri, Ghazali Taib yang mempersoalkan kewibawaan kepemimpinannya secara terbuka, semalam.

BH hari ini melaporkan Ghazali meminta pimpinan tertinggi UMNO mengambil pendekatan dan tindakan segera menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri yang didakwanya gagal berfungsi sehingga memberi kesan kepada rakyat.

Ditanya sama ada akan ada tindakan terhadap Ghazali, Ahmad Razif berkata beliau tidak melihat kenyataan itu sebagai suatu masalah.

“Tidak ada (tindakan). Kalau ada apa-apa saya pulang kepada pihak lain, tetapi daripada kita, tidak ada masalah kerana kita menghormati pandangan peribadi beliau.
Kita akan lihat apa yang perlu dibuat dan sebarang keputusan adalah keputusan bersama,” katanya.
Ahmad Razif berkata, Ghazali tidak pernah berjumpa dengannya secara persendirian untuk membincangkan isu terbabit.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top