.... Video 73 Maut Serangan Trak Di Perancis | AAKJ



NICE: Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila seorang penyerang memandu trak dan merempuh orang ramai yang berhimpun menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille di sini.

Kerajaan Perancis bagaimanapun menafikan wujudnya insiden tebusan selepas serangan di bandar pusat peranginan ini di selatan Perancis.

"Tidak ada tebusan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP, sekali gus menafikan puluhan khabar angin selepas kejadian.

"Seorang individu memandu trak ke arah orang ramai dan suspek sudah dibunuh polis," katanya.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau punya rakan subahat yang mungkin melarikan diri," kata Brandet.

Penyiasat antikeganasan kini mengambil alih siasatan, kata pendakwa raya.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top