.... Surat 13 Wakil Rakyat PAS Selangor Teguh Bersama DAP? | AAKJ



Kalaulah benar apa yang tersebar di aplikasi whatsApp tentang yang didakwa surat perakuan yang bertandatangan wakil rakyat PAS di bawah ini.

Maka tindakan drastik tersebut umpama sudah memberi jawapan muktamad tanpa kompromi lagi dengan PAS pusat. Samada Hadi Awang terima atau tidak serta Syura Ulama PAS bersetuju atau sebaliknya, PAS Selangor sudah nekad, mereka bersama pakatan haram harapan walaupun DAP berkali-kali menhina PAS sebelum ini.

Bayangkan disepanjang 'perpisahan' PAS-DAP, apa perkataan dan hinaan yang tidak keluar dari mulut pemimpin DAP terhadap Presiden PAS. Segala bentuk kata nista dihamburkan secara terang-terangan dan masing-masing seperti berkerat rotan. Namun PAS Selangor melihat penghinaan tersebut mungkin hanya untuk Presiden PAS sahaja dan bukan kepada parti PAS.

Jelas, PAS Selangor sudah nyenyak tidur di kerusi empuk Kerajaan Selangor. Bukan kerana gaji dan elaun yang besar namun mungkin ada 'pemanis' atau 'dedak' yang tidak mampu mereka tolak. Rakyat Selangor sudah boleh buat keputusan untuk menukar kerajaan Selangor di PRU14. Cukuplah ini antara bukti betapa siapa dan apa yang mereka utamakan. Rakyat Selangor kekal hidup tertekan!

DAP sudah boleh tersenyum, kuasa cina DAP bakal kekal di Selangor.

Baca apa yang tersebar semalam yang isinya hanya formaliti 'alasan'. Hakikatnya kuasa dan harta mengatasi segalanya:

KENYATAAN ADUN & MP PAS SELANGOR

SOKONGAN TERBUKA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN PAS

Setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Dato Iskandar Abd Samad.

Selanjutnya ADUN dan Ahli Parlimen Pas di Selangor juga berpendirian seperti berikut :-

1. Parti parti politik Pro "Blok Pembangkang" berhenti menyerang diantara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap UMNO dan BN Selangor;

2. Mencari pendekatan atas nama "Pakatan Pembangkang" untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor, yang telah dicapai semenjak 2008;

3. Menumpukan kepada pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor;

4. Mencari pendekatan terbaik untuk "1 lawan 1" menentang BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti;

5. Mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.

Maka ADUN & MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor.


Jumaat, 15hb Julai 2016


t.t

YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI

N.51 - SIJANGKANG

t.t

YB MOHD SHAFIE BIN NGAH

N.26 - BANGI

t.t

YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN

N.38 - PAYA JARAS

t.t

YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB

N.15 - TAMAN TEMPLER

t.t

YB Ir. MOHD.HASLIN BIN HASSAN

N.54 - TANJONG SEPAT

t.t

YB DR ABD RANI BIN OSMAN

N.42 - MERU

t.t

YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ

N.20 - LEMBAH JAYA

t.t

YB DR HALIMAH ALI 

N.45 - SELAT KLANG

t t

YB UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN

N.17 - GOMBAK SETIA

t.t

YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL

N.29 - SERI SERDANG

t.t

YB RAZALY BIN HASSAN

N.23 - DUSUN TUA

t.t

YB UST SALLEHEN BIN MUKHYI

N.02 - SABAK

t.t

YB DR CHE ROSLI CHE MAT

P.101 - HULU LANGAT




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top