.... Skandal Rasuah Mega Banglo Mewah: Lim Perlu Letak Jawatan, Belajar Dari UMNO BN | AAKJ




Bukan setakat aib yang beliau bawa untuk diri sendiri malah lebih dari itu, Lim Guan Eng turut mengheret keseluruhan nama parti DAP untuk turut dimalukan. Paling gila, Lim Guan Eng seperti amalan sebelumnya, "semua salah UMNO BN" dalam 'pembelaan peribadinya'.

Kenapa aib?

Bayangkan selama ini lakonan yang cuba DAP terutamanya Lim Guan Eng dan ayahnya kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia. Kononnya DAP adalah Kerajaan yang teramat telus dan tidak akan sedikit pun mengamalkan amalan rasuah. Termasuk layanan kepada kroni dan sebagainya.

Lihat bagaimana Lim Guan Eng dan ayahnya bersilat menepis mencari alasan munasabah untuk mendapat keyakinan rakyat Pulau Pinang khasnya ahli DAP yang majoritinya Cina. Langkah pertama, salahkan UMNO BN.

Malah ayat 'sanggup mati berdiri dari melutut' hanyalah secebis dialog drama cina yang apa tajuknya pun dia tidak nyatakan. Itu sesungguhnya hanyalah kata-kata retorik termasuk kononnya ini adalah rancangan jahat hendak rosakkan masa depan politik dan kariernya sebagai Ketua Menteri.

Latah dan Sawan

Walaupun keputusan bersalah atau tidak hanya pihak mahkamah yang akan tentukan namun seperti biasa apabila terkena kepada pemimpin parti pembangkang, mereka akan latah dan menggelupur sawan membela diri kononnya ini hanyalah rancangan jahat UMNO BN dan mereka kekal suci.

Ingat lagi bagaimana dengan kes Anwar meliwat pekerjanya sendiri?(bekas). Bukan setakat latah, Anwar heret penyokongnya untuk melalak sawan di jalanan. Akhirnya mahkamah putuskan dengan bukti yang tidak mampu Anwar sangkal, Anwar bersalah meliwat bekas pekerjanya.

Kenapa perlu letak jawatan

Mudah, Lim Guan Eng kena belajar dari UMNO BN mengendalikan isu maruah diri dan parti. UMNO BN dan tunjukkan selama ini dan ianya bukan sekali dua sebagai pengajaran berguna malah contohnya bukan hanya kepada yang berpangkat di dalam parti malah yang berpangkat Menteri Besar, Ketua Menteri dan Bekas Menteri Besar serta banyak lagi.

Guan Eng lupa mulut hapaknya juga berkamit meminta mereka yang tersebut supaya letak jawatan terutamanya di dalam kes awal yang melibatkan kepimpinan UMNO BN. Lupakah dulu semasa Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka didakwa di Mahkamah, Lim Guan Eng antara yang mendesak beliau meletak jawatan dan akhirnya Tan Sri Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Terbaharu, beliau juga turut mendesak supaya PM Najib letak jawatan walaupun secara jelasnya PM Najib tidak terlibat langsung di dalam kes yang beliau cuba tohmahkan. Ianya juga turut diperakui oleh orang kuat DAP sendiri sebagai wakil DAP sebagai ahli PAC. Guan Eng lupa?

Pernahkah Guan Eng dengar PM Najib latah sawan mengatakan bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah konspirasi jahat pakatan haram pembangkang?

Belajarlah dari UMNO BN tentang apa itu ketelusan dan bukannya mengheret ahli DAP menjadi badut jalanan kerana sudah diakhir perjalanan karier akibat sifat tamak haloba diri dan keluarga.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top