.... Sarawak Report Menipu Kononnya Terpaksa Taip Semula Dokumen Rahsia | AAKJ



Anda baca dan juga anda boleh menilai betapa jahatnya niat portal internet yang dibayar oleh kumpulan anti Najib, Sarawak Report. Perlukah menipu rakyat Malaysia kononnya mereka terpaksa menaip semula kesemua isi kandungan yang ada di dalam 'dokumen bocor 1MDb' seperti yang didakwa?

Logiknya, kalau sudah ada dokumen yang dikatakan dokumen asli yang menjadi bahan bukti betapa wujudnya penipuan di dalam transaksi 1MDB atau pun apa sahaja kesalahan yang berkait maka papar atau tunjukkanlah gambar dari dokumen yang dimaksudkan. Kenapa bersusah payah untuk menaip semula dan kononnya berlaku kesilapan atau 'typo erro' dalam terbitan mereka? Portal yang mempunyai nama besar tiada petugas untuk memeriksa kesilapan ejaan dan yang silap adalah terlampau ketara.

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa pengakuan Justo yang ditangkap di Thailand yang membawa pengakuan bahawa beliau dibayar jutaan dollar Amerika dan beliau juga dedahkan siapa pembayar tersebut. Kenapa kes ini bisu?

Baca apa Malaysiakini cuba juga untuk menimbulkan persepsi buruk tentang 1MDB ini:
Laman pembocor maklumat Sarawak Report tetap menyiarkan dokumen didakwa laporan penuh 1MDB walaupun ia dikelaskan sebagai rahsia rasmi.
“Kami telah taip semula seluruh laporan bagi menghampakan cubaan mengganggu pembocor maklumat, jadi mohon maaf atas kesilapan menaip.
“Teks ini adalah salinan bulat-bulat,” katanya di Facebook semalam.
Malaysiakini tidak dapat mendedahkan kandungannya kerana sekatan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini berkata pembocoran itu sebagai sebuah pengkhianatan dan mengancam keselamatan negara.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top