.... "Sanjeevan Bukan Binatang" - Bapa | AAKJ



Benarkah dakwaan bapa Sanjeevan seperti yang dilapor oleh malaysiakini?:

Bagi P Ramakrishnan, melihat anaknya R Sri Sanjeevan duduk di "kandang seperti haiwan" di pusat reman polis di Kuala Lumpur, tidak boleh diterima.

Lelaki berusia 65 tahun itu menitiskan air mata kerana teringat lawatannya ke pusat itu semalam, di mana pengerusi Badan Pemantau Jenayah (Mywatch) itu kini direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

"(Sanjeevan dilayan) Macam binatang, dia dalam kandang, kita di luar. Berapa malu tau.

"Saya punya anak bukan binatanglah, saya punya anak manusia," kata Ramakrishnan dengan penuh emosi sambil mengesat air matanya.

Ramakrishnan berkata demikian kepada pemberita di luar pintu pagar Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, selepas memorandum diserahkan kepada pegawai kementerian.

Memorandum itu mengutuk penyeksaan yang didakwa dikenakan ke atas Sanjeevan ketika berada dalam tahanan reman.

Sanjeevan mendakwa beliau digari, ditutup mata dan dipukul. Manakala hos paip didakwa digunakan untuk memukul tangan dan kakinya.

Penyeksaan itu didakwa berlaku di pusat reman polis di Kuala Lumpur, di mana Sanjeevan sedang ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Poca sehingga akhir bulan ini.

Sementara itu isteri Sanjeevan, Dr K Kastoori berkata pangkat 'datuk' tidak dapat melindungi suaminya daripada diseksa.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top