.... Rancangan Pilihanraya Serentak Selangor - P.Pinang Dihalang Azmin | AAKJ




Kebanyakan agensi-agensi media dan portal berita menerbitkan laporan yang sama mengenai mesyuarat DAP-PKR di Pulau Pinang, yang anda boleh baca di bawah. Pada dasarnya, mesyuarat itu membincangkan kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.


Apa yang tidak didedahkan atau dilaporkan berkenaan mesyuarat itu bukan sekadar membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ia juga mengenai membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada masa yang sama.

Gambaran yang diberikan adalah DAP mendesak untuk mengadakan pilihan raya baru di Pulau Pinang – dicetuskan, sudah tentu, pertuduhan jenayah yang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang mungkin menyebabkan dia dipenjarakan – sementara PKR tidak teruja dengan perkara itu.

Punca DAP mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan mengadakan pilihan raya negeri adalah untuk membuktikan bahawa walaupun tuduhan rasuah sedang dikenakan ke atas Guan Eng namun parti masih mendapat sokongan daripada orang Cina. Kedua, mereka berharap untuk melakukan yang lebih baik dalam pilihan raya negeri yang baru untuk membuktikan bahawa ‘penganiayaan politik’ yang Guan Eng sedang hadapi telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Oleh itu tindakan terhadap Guan Eng telah memakan diri sendiri.

Namun Pakatan Harapan bimbang perkara ini berlaku sebaliknya. Rakyat mungkin melihat pilihan raya negeri Pulau Pinang sebagai satu pembaziran masa dan wang dan sekadar gerakan ‘selamatkan Guan Eng’ untuk mengelakkan dia dari meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan. Dan jika ini berlaku maka prestasi DAP mungkin lebih teruk dalam pilihan raya negeri yang baru berbanding pilihan raya umum 2013.

Salah satu cara untuk mengalihkan perkara ini mengadakan pilihan raya negeri Selangor juga pada masa yang sama. Jika Dewan Undangan Negeri Selangor juga dibubarkan dan mereka mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang dan Selangor serentak, maka tiada siapa yang boleh mengatakan ini adalah gerakan menyelamatkan Guan Eng.

Ia akan menjadi pilihan raya baru yang Pakatan Harapan mahukan bukan yang Guan Eng mahu. Oleh itu ini bukan soal Guan Eng atau tentang menyelamatkan Guan Eng.

Oleh sebab itu laporan berita di bawah mengatakan yang mereka perlu mempertimbangkan dan berbincang sebelum membuat keputusan. PKR akan bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekiranya DAP juga bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor. Kemudian kedua-dua negeri boleh mengadakan pilihan raya pada masa yang sama.

Jadi mengapa pula mereka tidak bersetuju dengan perkara ini dua hari lepas? Mengapa perlu membincangkan lebih lanjut sebelum membuat keputusan? Ini kerana mereka tidak bersetuju dengan masa.

Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution tidak mempunyai masalah dengan apa sahaja masa yang DAP pilih – tertakluk, sudah tentu, kepada persetujuan Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Jika DAP bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri Pulau Pinang-Selangor secara serentak maka PKR boleh bersama-sama dengan DAP.

Tetapi Menteri Besar Selangor Azmin Ali tidak bersetuju dengan ini.

Azmin dan Guan Eng mengadakan pertemuan empat mata dan Azmin memberitahu Guan Eng yang dia mahu pembubaran Pulau Pinang dan Dewan Undangan Negeri Selangor ditangguhkan dua atau tiga bulan lagi sehingga selepas September atas beberapa sebab.

Pertama, mereka mahu parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan dan satu pakatan pembangkang baru akan dibentuk terlebih dahulu. Oleh itu, ia bukan sekadar gabungan tiga parti PKR, DAP dan PAN di bawah payung Pakatan Harapan. Ia akan menjadi gabungan yang lebih besar di bawah Pakatan Harapan 2.0 atau apa sahaja yang akan mereka panggil.

Kedua dan lebih penting, jika pilihan raya negeri berkembar diadakan sekarang maka Azmin tidak mempunyai kuasa mengenai calon Selangor. Wan Azizah akan membuat keputusan itu dan dia akan memastikan bahawa semua calon adalah orang-orang dia dan tiada orang Azmin dapat bertanding. Mereka mungkin menimbulkan isu hubungan Azmin dengan seorang pelatih PKR dan membatalkan kelayakan beliau untuk bertanding dan yang pasti akan menamatkan kerjaya politik Azmin.

Wan Azizah tahu mengenai perjanjian Azmin dengan Mahathir mahu mengambil alih jawatan presiden parti PKR. Jadi Wan Azizah tahu bahawa jika dia tidak “membunuh” Azmin maka Azmin akan “membunuh” beliau bila-bila masa. Cara terbaik untuk “membunuh” lawan anda adalah semasa pilihan raya dengan memastikan bahawa penyokong musuh anda atau musuh anda sendiri tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding.

Jadi Azmin perlu memastikan bahawa dia menjadi presiden parti sebelum beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan mengadakan pilihan raya negeri. Kemudian dia boleh memutuskan siapa yang boleh bertanding. Jika tidak, pilihan raya negeri Selangor akan menjadi “the knife that will cut his throat”. Azmin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk menggulingkan Wan Azizah dan mengambil alih jawatan presiden parti.

Guan Eng tidak peduli tentang Wan Azizah. Tetapi dia ambil berat tentang Mahathir dan dia tahu jika Azmin digulingkan maka orang tua itu akan kecewa. Anda tidak mahu menyusahkan Mahathir apabila anda sedang menghadapi perbicaraan dan kemungkinan hukuman penjara, yang mana hanya Mahathir boleh membantu anda melepaskan diri.

Ketika seluruh negara memberi tumpuan kepada isu samada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri – dan jika ia akan berlaku- isu sebenar di belakang tabir, adalah masa, supaya Dewan Undangan Negeri Selangor juga boleh dibubarkan pada masa yang sama agar Pulau Pinang dan Selangor boleh mengadakan pilihan raya serentak.

Masalahnya ialah, ketika Guan Eng mengawal parti dan negeri Pulau Pinang pada masa yang sama, Azmin hanya menguasai negeri Selangor tetapi belum lagi parti. Masa yang sesuai sangat penting bagi Azmin menyingkirkan Wan Azizah dan mengambil alih jawatan presiden PKR. Kemudian Guan Eng akan menjadi Tokong di Pulau Pinang manakala Azmin akan menjadi Tokong Selangor. Dan gabungan kedua-dua Tokong akan mengawal kedua-dua negeri terkaya di Malaysia.

Pilihan Raya Mengejut Penang: DAP Tunggu “consensus”
(Bernama) – Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP akan memberi masa kepada rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan untuk membuat perundingan berkenaan pilihan raya mengejut yang dicadangkan bagi negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak di sini hari ini bahawa sebarang keputusan pada pilihan raya mengejut harus menjadi persetujuan bersama dalam semangat kerjasama Pakatan Harapan dengan mengambil kira pandangan setiap rakan kongsi.

“Kita tidak akan mengambil apa-apa keputusan unilateral; kami akan meneruskan rundingan dengan rakan-rakan kami (PKR dan Parti Amanah Negara).

“Kami akan memberikan masa yang mencukupi untuk mereka mempertimbangkan tetapi, sudah tentu, tidak selama-lamanya,” katanya.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution turut hadir pada sidang akhbar itu.

Selepas sidang akhbar itu, Lim mengadap Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini.

Lim, yang diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus, ada di Seri Mutiara selama hampir satu jam, tetapi tidak diketahui apa yang telah dibincangkan.

Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri mempunyai 40 kerusi, di mana 19 dipegang oleh DAP, 10 oleh PKR, 10 oleh Barisan Nasional dan satu oleh PAS.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy sebagai berkata bahawa DAP telah menyenaraikan dua pilihan sebagai tindakan terhadap dua tuduhan rasuah yang difailkan terhadap Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu.

Pilihan pertama adalah untuk mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur sambutan rakyat kepada tuduhan terhadap Lim, dan yang kedua adalah menunggu pilihan raya umum akan datang pada bulan Ogos 2018.

Lim didakwa di Mahkamah Tinggi pada 30 Jun dengan dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian tanah dan banglo di bawah harga pasaran.

Pada sidang akhbar itu, Lim berkata DAP akan meneruskan rundingan berkenaan pilihan raya negeri agar ia tidak akan dipanggil secara unilateral untuk mengekalkan kepercayaan dalam pakatan itu.

Azmin berkata PKR menghargai pendirian DAP yang memberikan ruang untuk rakan-rakan Pakatan Harapan bagi sesi perundingan tanpa membuat keputusan unilateral.

“Untuk berlaku adil kepada Keadilan (PKR), kami tidak pernah berkata tidak tetapi kami belum yakin pada pilihan raya negeri. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan mengadakan perbincangan dengan Keadilan dan mempertahankan semangat pakatan rakyat, “kata Azmin yang sebelum ini telah bertemu Lim, bersama-sama dengan Nurul Izzah dan Saifuddin.

Azmin berkata pertemuan dengan Kim membuahkan hasil dan berjalan dengan lancar.

Biro politik PKR bertemu semalam untuk membincangkan isu-isu politik semasa, termasuk pilihan raya mengejut yang dicadangkan.




Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top