.... PKR Boikot, Lim Guan Eng Tidak Berani Bubar DUN | AAKJ



Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan memerlukan lebih banyak masa bagi mempertimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan PKR dan PAN selama beberapa hari lalu yang turut membentuk kerajaan negeri.

“Selepas perbincangan yang panjang dengan parti komponen pembangkang lain, kita memutuskan perkara ini memerlukan perbincangan lebih lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pimpinan kerajaan DAP negeri hari ini telah bermesyuarat bagi menentukan sama ada pilihanraya mengejut negeri perlu diadakan ataupun tidak. Ia dipercayai bagi ‘menyelamatkan’ karier Lim Guan Eng yang kini berdepan dengan hukuman penjara, sekiranya beliau didapati bersalah atas tuduhan menyeleweng.

Sumber dalaman Pakatan memberitahu, terdapat bantahan dari wakil-wakil PKR berhubung cadangan Pilihanraya mengejut tersebut. Dan selepas menimbangkan kemungkinan PKR memboikot pilihanraya berkenaan, DAP negeri membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan berkenaan.

Penganalisis politik rata-rata berpendapat seandainya Pilihanraya mengejut diadakan, ia akan memburukkan keadaan DAP yang kini semakin tercemar imejnya. Berkemungkinan juga BN akan kembali menawan negeri ini jika hasrat DAP Pulau Pinang itu diteruskan.

Utaranews

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top