.... Patutlah Timbalan Presiden PAS 'Gedik' | AAKJ



Rupanya terhasut ghairah mahu menyertai Kem Tun M dalam pakatan politik untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri antara punca Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man naik gabra hingga sanggup melanggar Amanat Syawal Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awan

24 jam selepas Tuan Ibrahim menyeru Pas kembali berkoloborasi dengan Kem Tun M melalui Langkah Gencatan Senjata, aksi ganas arkitek Kem Ulama Pas ini terdedah apabila Tun M mengadakan Sidang Media mengumumkan Pembentukan Pakatan Pembangkang dengan kehadiran sebuah lagi parti baharu. 

Tuan Ibrahim selaku orang paling vokal mengkritik Datuk Seri Najib Razak, rupa-rupanya sudah dipinang Kem Tun M. 

Justeru, tawaran inilah punca yang menyebabkan orang nombor dua Pas ini hilang arah pedoman. 

Tun M pada 13 Julai mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan dalam mesyuarat selama tiga jam. Sidang akhbar selepas pertemuan itu dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Lim Kit Siang (Dap), Salehuddin Ayob (Amanah) serta Syamsul Amri Iskandar (PKR). 

Turut serta bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. 

Tun M mengumumkan Pakatan Harapan bersedia memasuki frasa pakatan baharu dengan penyertaan sebuah parti yang bakal ditubuhkan. 

Senario ini menjurus pada kombinasi Tan Sri Muhyiddn Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukriz Mahathir. 

Cuma orang macam Tuan Ibrahim pandai bermain lompat tikam. Selepas menyeru agar Pas kembali ke Kem Pembangkang, ia disusul pula dengan kenyataan: Pas rela sendiri tanpa rakan tahaluf sekiranya agenda Islam parti itu ditentang rakan pembangkang yang lain. 

Ulama veteran ini menang pandai main tarik tali. Sebelah tangan menyalakan api, sebelah tangan lagi memegang timba air. 

Orang macam Tuan Ibrahim mahu mendapatkan semua laba dalam permainan pokitiknya. Kalau cadangan kembali ke Pakatan Pembangkang mendapat sokongan akar umbi, minyak akan dituang lagi. Kalau sekiranya akar umbi menolak dan teruk ditempelak penyokong Hadi, air dalam timba akan dicurahkan memadamkan api. 

Jadi, orang macam Tuan Ibrahim sentiasa licik menjaga kepentingan peribadinya dalam parti. 

Sejak 18 bulan lalu terutama selepas Muktamar Agung Pas 6 Jun 2015, Tuan Ibrahim satu-satunya pemimpin kanan Pas yang agresif menyerang PM. Walaupun sudah menyedari Hadi selaku Presiden Pas, sedang menawarkan kompromi strategik dengan Umno. 

Tuan Ibrahim nampaknya sangat sengaja bersikap tidak mempedulikannya. 

Malah, ketika Hadi memerlukan 88 undi Ahli Parlimen Umno untuk meluluskan pindaan RUU 355 di Parlimen pada Oktober nanti, Tuan Ibrahim langsung tidak mempedulikan percaturan ketuanya. 

Tuan Ibrahim nampak lebih kemaruk pada kuasa! 

Sekarang, dengan gelagat kiri makan kanan pun makan, beban besar menanti Hadi. 

Presiden Pas ini pasti pening mengendalikan timbalan yang havoc seperti Tuan Ibrahim. 

Tarikan dan umpan Kem Tun M nampaknya menjadikan Tuan Ibrahim tidak senang duduk dan tidak keruan keletahnya. 

Rasanya: Apakah Tuan Ibrahim akan melanggar Hadi dalam Muktamar Agung Pas ke 62 tahun depan? 

Nampak gaya ada kemungkinan. Sikap kelam-kabut Tuan Ibrahim menampakkan dia sudah termakan umpan berkail Kem Tun M. 

Hati-hati Tuan Ibrahim. “Bukankah hanya orang yang bodoh akan dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama?”

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top