.... 'Parti Berhaluan Komunis': Masih Wujudkah Ancaman? | AAKJ



Mungkin kita tertanya diri sendiri sekiranya kita adalah orang yang jenis cakna, wujudkah lagi parti berhaluan kiri atau parti politik yang berselindung di sebalik nama yang sedap didengar namun hakikatnya parti politik tersebut adalah parti politik berakal komunis.

Samada mereka akan tonjolkan diri sebenar setelah mereka mencapai kemenangan mutlak atau mereka kekal berselindung untuk terus menerus menipu rakyat atau ahli yang mereka pimpin.

Dahulu, kerajaan Malaysia begitu tegas membendung ancaman yang datang dari parti yang akalnya komunis atau ianya nyata berotak komunis. Apakah ketegasan kerajaan sudah pudar atau masih tidak mempercayai wujudnya parti politik yang halalkan apa juga cara demi untuk terus kekal berkuasa?

Antara ciri parti berotak komunis, segala keputusan halatuju parti tidak dirujuk kepada perlembagaan parti. Bagi mereka peraturan yang mereka buat adalah untuk menyenangkan sesetengah pihak terus kekal berkuasa. Mudahnya, apa sahaja yang berlaku kepada ketua mereka, perlembagaan dicampak ke tong sampah dan yang akan berkuasa ketika itu adalah keputusan 'perbincangan' beberapa orang pemakan dedak sahaja. Atau mereka sememangnya tiada perlembagaan?

Berbeza dengan parti yang 'perbincangan' jawatankuasa tentang sesuatu keputusan adalalah merujuk kepada apa yang tertulis di dalam 'perlembagaan' parti. 

Apakah dengan wujudnya agensi yang bertanggungjawab mengawalselia pertubuhan maka kewujudan parti berotak komunis ini berjaya dibendung? Anda yakin?

Bertindak segera sebelum terlambat. Bahaya, sebelum ini mereka sendiri menyumpah seranah musuh bagai nak gugur ketujuh-tujuh langit tetapi hari ini musuh tersebut dijadikan badut berbaju 'kepala perang' demi kuasa dan harta.

Sebelum ini rasuah menjadi lagu perjuangan mereka namun di waktu yang sama ketika alunan lagu rasuah dinyanyikan, mereka kaut sebanyak mungkin harta rakyat sebagai modal untuk terus kekal berkuasa.

Ironinya apabila terkena batang hidung sendiri, mereka cuba mengajak rakyat mempertahankan kedudukannya sebagai ketua. Nampak tak dengan jelas ciri kepala parti manakah yang sedang tertonjol dengan sendirinya itu. Parti Komunis atau sebaliknya?

Cuma tertanya diri juga, kena ROS mengambil masa yang terlalu lama dalam menentukan keputusan terhadap sesebuah siasatan? Ada parasit?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top