.... Naib Ketua Pemuda UMNO Dakwa 3 Individu Berpengaruh Serahkan Dokumen Sulit Kepada Amerika | AAKJ




Pemuda UMNO membuat laporan polis berhubung tiga individu berpengaruh di negara ini, yang dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia yang sah.

Individu terbabit adalah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata beliau percaya individu terbabit sama ada secara perseorangan atau kumpulan terbabit, memberi maklumat dan dokumen sulit kepada agensi di Amerika Syarikat, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
"Maklumat dan dokumen sulit yang diberikan mereka itu sebahagian besar sudah direka, dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan jahat," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Khairul Azwan meminta pihak polis segera melakukan penyiasatan terhadap laporan itu. Ditanya mengenai bentuk dokumen diberikan tiga individu terbabit, beliau berkata, hanya berkongsi maklumat berkenaan dengan menteri yang bertanggungjawab.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top