.... Modus Operandi Malaysiakini: Ejen 'Copy And Paste' Sarawak Reports? | AAKJ



Apa saja berita dari portal Sarawak Report yang Malaysiakini labelkan kononnya portal 'pendedah maklumat' semuanya diambil dan disebarkan walaupun dengan terang pihak Malaysiakini sendiri tidak mampu atau tidak dapat mengesahkan berita yang diambil itu benar atau sekadar artikel fitnah berbayar.

Rakyat Malaysia pun tahu siapa yang berada di dalam portal Malaysiakini dan siapa yang Malaysikini sokong dalam 'perjuangan politik' mereka.

Bukan sekali dua Malaysiakini mengambil bulat-bulat dari sumber tersebut tetapi ianya seperti Malaysiakini telah dengan rasminya menjadi ejen kepada sebuah portal yang berpengkalan di luar Malaysia dan portal Sarawak Report ini juga telah diharamkan oleh Kerajaan Malaysia melalui SKMM.

Modus operandi terbaik yang kumpulan portal berbayar ini lalukan adalah mewujudkan platform baharu kononnya itulah pautan terbaru portal Sarawak Report dan Malaysiakini akan ambil 100% berita fitnah tersebut dan akan menyebarkannya.

Liciknya Malaysiakini apabila sentiasa menggunakan ayat berikut:
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan mahupun kesahihan dokumen yang disiarkan oleh laman web itu.
Mungkin bagi Malaysiakini, itulah alasan terbaik untuk melepaskan diri dari didakwa mengeluarkan artikel atau bahan bertulis berbentuk fitnah.

Malaysiakini lupa bahawa mengedar bahan fitnah juga adalah satu kesalahan!

Jangan lupa skandal pengubahsuaian dokumen yang dijual dengan harga mahal oleh Justo kepada Claire dan beliau menjualkan pula kepada taikun Malaysia dengan harga berganda.


Mereka hidup diatas timbunan kekayaan yang terhasil dengan menjual fitnah.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top