.... Majlis Makan Dedak DAP: Rasuah Untuk Perasuah? | AAKJ




Maruah dah tercalar dan kini langkah untuk pulihkan kepercayaan ahli dan pengundi. DAP terpaksa mencuba pelbagai cara untuk kononnya menarik simpati terhadap bos mereka, Lim Guan Eng. Dan paling menarik, usaha selamatkan Lim Guan Eng ini tidak mendapat perhatian yang serius dari seluruh barisan kepimpinan DAP. Hanya yang berkepentingan dedak sahaja yang tampil membantu kerana bimbang akan hilang sumber dedak mereka.

Nampaknya Lim Guan Eng terpaksa guna cara Anwar apabila didakwa di mahkamah. Kumpulkan seramai mungkin ahli dan pengundi, tunjukkan angka sokongan dan jadikan angka tersebut sebagai bukti betapa beliau tidak bersalah?

Malu bukan? Perbicaraan belum pun bermula, tapi kecohnya bagaikan sudah tahu akan didapati bersalah. Kenapa dia boleh agak? Mudah bukan jawapannya. 90 saksi dipanggil dan itu tanda awal betapa seriusnya pendakwaan rasuah tersebut.

Menggunakan jalanraya untuk berdemostrasi sudah, berlakon tiada duit untuk bayar wang jaminan pun telah dibuat. Sekarang mereka gunakan cara "Cina DAP" cari duit, 'jual meja dedak' bermula dari RM750 satu meja hingga ke RM3000. Tidakkah kita tertanya, apa kena mengena majlis kaut dedak dengan perbicaraan rasuah terhadap anak Lim Kit Siang ini? Mahal sangatkah yuran peguam yang perlu dibayar? Ramai sangatkah peguam bela yang dilantik? Kemana perginya duit atau dedak yang dikutip sepanjang tahun selama berpuluh tahun ini?

Bayangkan wang jaminan RM1juta adalah jaminan yang bakal dikembalikan oleh mahkamah pun DAP tidak jujur jelaskan kepada ahli mereka, bagaimana pula dengan kutipan dedak yang bakal dibuat di Shah Alam nanti?

Siapa yang bodoh dan diperbodohkan? Dedak disuap, duit dikaut dan tidak jelas kemana akan perginya segala kutipan duit ini. Yang kaut di Sarawak tempohari pun tidak dipaparkan berapa jumlahnya dan di mana dibelanjakan. Kini biro cari makan DAP nampak betapa kes Lim Guan Eng boleh dijadikan sumber kaut dedak maka yakinlah ini baru permulaan.

Paling bodoh, Lim Guan Eng bariskan penceramah umpama peguam beliau yang bakal menghentam semua yang terlibat di dalam proses perbicraan nanti dengan ayat mereka yang popular, "Lim Guan Eng atau pemimpin pembangkang dizalimi". Tunggu dan lihat apa kata 'peguam handal' Lim Guan Eng, Mat Sabu di pentas jamuan dedak itu nanti.

Hina apabila terpaksa keluarkan duit demi untuk selamatkan pemimpin yang sedang didakwa dengan kesalahan yang serius. Takut sangatkah ahli DAP kepada ketua mereka?




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top