.... Lim Kit Siang Bakal Gantikan Guan Eng Dengan Cucunya? | AAKJ



Setiap perkara yang terjadi di dunia ini ada rahmat yang tersembunyi, kata orang mukmin. Samada rahmat itu sekali tengok seperti satu bentuk hukuman walaupun hakikat itu adalah sebaliknya. Bagi non muslim mereka juga percaya akan rahmat di sebalik apa juga yang terjadi di sekeliling meraka, "blessing in disguise".


Ya, kalau tidak kerana skandal pembelian banglo mewah oleh Lim Guan Eng, rakyat Pulau Pinang tidak akan tahu tentang 'ada cerita lain' antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan penjual rumah. Malah rakyat Pulau Pinang tidak akan tahu kewujudan sebidang tanah yang dikhaskan untuk rakyat yang tidak berkemampuan telah bertukar 'title' kepada sebuah hospital mewah.

Jauh dari itu, rakyat Pulau Pinang tidak akan tahu bahawa hak mereka untuk menduduki kawasan yang berpotensi tinggi nilai hartanah satu masa nanti bakal menjadi kenyataan. Dan mereka tidak akan tahu betapa keputusan kerajaan negeri yang di pimpin oleh anak Lim Kit Siang ini cuba menghalang warga miskin menjadi orang senang satu masa nanti. Bayangkan harga rumah tersebut bakal melambung dan pemiliknya bakal merasai perubahan hidup di masa depan.

Kini jelas, rahmat yang Allah paparkan apabila segala sisi gelap perlakuan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menggunakan parti politik untuk tujuan apa. Di sini, rakyat Pulau Pinang dan Malaysia boleh lihat apa yang sedang berlaku. Proses "Pengekalan dan pengukuhan kuasa" mula terserlah. Siapa yang cadangkan di dalam mesyuarat yang kononnya lebih berkuasa dan bermoral dari segala yang wujud di negara ini.

Kenapa perlu kukuhkan kuasa?

Fikirkan, kenapa DAP ditubuhkan. Kenapa begitu berbeza cara atau gerakan DAP dengan parti lain yang Cina menjadi pemimpin? Kenapa Cina DAP tidak sama dengan Cina MCA atau Cina GERAKAN atau yang lain-lainnya?

Lihat sifat rakus Cina DAP, lihat sifat toleransi Cina GERAKAN dan Cina MCA serta yang lainnya, samakah?

Betapa ketaranya menyusun anak pinak di dalam parti DAP dan bandingkan dengan MCA, Gerakan dan yang lainnya. Beranikah ahli DAP 'mengusik' kedudukan Lim Guan eng ketika Lim Kit Siang masih hidup? Lihat parti MCA dan GERAKAN, kalau ada anak pemimpin mereka sertai parti, bukan mudah untuk menggantikan bapa mereka, tetapi dalam parti DAP, ada yang berani angkat muka apabila Kit Siang hendakkan Guan Eng menjadi penggantinya?

Jadi apabila Lim Guan Eng terlibat di dalam pendakwaan kes rasuah mega pembelian banglo ini, siapa yang bakal jadi big boss? anak Guan Eng masih remaja dan pernah kononnya terlibat dengan kes gangguan seksual. Adik perempuan Guan Eng? Bolehkah Kit Siang tonjolkan beliau dalam suasana begini? Habis siapa? Isteri Guan Eng? Benarkah Kit Siang begitu berkuasa?

Tunggu sajalah, ini mungkin "penamatan" atau "pengakhiran" sebuah parti yang begitu ketara 'perangainya' dengan pari cina yang lain.

Kalau parti MCA, GERAKAN dan seumpanya tidak mengambil peluang ke atas "RAHMAT" ini maka bodohlah mereka!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top