.... 'Kisah Jenayah Justo' Cuba Diperbetulkan, 'Skandal Konspirasi' Pula Terlondeh | AAKJ



Watak baharu yang dibawa masuk untuk memanipulasi kisah jenayah mencuri dokumen dan mengubahsuai dan menjualkannya dengan harga yang mahal. Isteri Justo, itulah watak baru dalam 'drama Sarawak Report' dan kumpulan anti Najib. Jelas nampak agak terdesak apabila watak ini dibawa masuk dengan plot baru, "Justo tertipu dengan janji mengaku bersalah".

Bayangkan setelah sekian lama kisah jenayah terancang penjualan dokumen PetroSaudi, baru minggu ini kumpulan berbayar media, Sarawak Report cuba besarkan cerita kononnya Justo termakan penipuan supaya mengaku bersalah agar hukuman jenayah beliau dapat dikurangkan. 

Malangnya Sarawak Report terlepas sisi yang amat penting iaitu pencurian dokumen telah berlaku dan pengubahsuaian isi kandungan dokumen tersebut juga telah berlaku dan kisah tertipu dan menipu yang jelas adalah Justo tidak mendapat bayaran seperti yang Claire janjikan. Baca di SINI. Cukupkah dengan mengubah plot kononnya ditipu mengaku bersalah itu dapat mengubah keseluruhan jalan cerita yang asal?

'Puzzle' yang disusun juga menampakkan tindakan terdesak kumpulan Anti Najib dan parti pembangkang di Malaysia untuk menjatuhkan Najib. Bagi mereka Najib hanyalah subjek sampingan, fokus kumpulan ini adalah menjatuhkan kerajaan BN dan mengambil alih pentadbiran. Ini sahaja yang mereka lihat mampu untuk menggugatkan kerajaan UMNO BN.

'Puzzle' yang agak kucar kacir cuba ditangkupkan semula dengan menyelitkan kepingan gambar yang baru selain watak isteri Justo, kepingan yang bagi mereka itulah pelengkap kepada konspirasi jahat untuk mengenakan PM Najib, "kepingan DOJ".

Kumpulan Anti Najib dan parti pembangkang menggunakan apa sahaja elemen untuk menjayakan kerja jahat ini. Buat permulaan, kumpulan ini menjaja ayat betapa malunya rakyat Malaysia kerana isu ini keluar di beberapa akhbar di luar negara dan seperti biasa lantunan frasa malu tersebut disulamkan dengan ayat-ayat islamik.

Tidak cukup dengan frasa dan persepsi, kumpulan anti Najib juga tonjolkan Mahathir sebagai kepala perang di dalam serangan tumbangkan PM Najib dan bertimpa malangnya, yang terbaru, Mahathir dimalukan dengan sendiri ketika muncul di dalam program temubual slot khas TV Aljazeera. Malunya di mana? Mahathir apabila ditanya tentang bagaimana beliau juga lebih teruk diasak oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia tentang korupsi ahli keluarga sendiri dan akta ISA:
“Not only opposition politicians made allegations against you in 1990, but there are academics, NGOs, journalists openly claiming your son (Mirzan Mahathir) have interests in more than 200 Malaysian companies.
“Some even said, if you are so worried about corruption, why don’t you look closer to home?” the UpFront host shot back at Mahathir.
Mehdi pin-pointed the statement by Mahathir that he “is no longer proud of Malaysia” because Najib interfered in the bribery case investigation.
“But, were Malaysians proud in the 80s and 90s when you use the Internal Security Act (ISA) to a spectrum of arrest without considering hundreds of opposition politicians, leaders of NGOS, students, artists, scientists, academicians and close the newspaper operations,” the UpFront host questioned.

Mahathir menjawab:
“Yes, they accuse, but what is the proof that I committed any offence?
Cuba anda baca kali kedua sekiranya anda tidak memahami apa yang aakj paparkan Q&A tersebut. Pejamkan mata dan bayangkan, pernah atau tidak anda mendengar ayat "tuduhan tanpa bukti". Dan ini melucukan apabila tuduhan dan dakwaan fitnah terhadap PM Najib sudah terjumpa buktinya?

SPRM, PAC dan Jabatan Audit Negara mengesahkan tiada kaitan dengan PM Najib malah wakil DAP yang turut berada di dalam PAC juga mengesahkan perkara yang sama. Di mana Dr Tan Sin Giaw sekarang? DAP sembunyikan beliau?

Ironinya, kisah terbaru kumpulan Anti Najib ini makin kusut apabila tiba-tiba sahaja laporan polis dibuat terhadap 3 individu yang kononnya begitu penting, Zeti, Gani dan Abu Kassim, aakj tidak perlu perincikan siapakah mereka kerana anda semua sudah begitu mengenali mereka. Laporan tersebut seakan ada yang terlondeh?

Londeh pertama, kalau merujuk kepada portal MalaysiaToday, mereka mendakwa 3 individu tersebut ada pertemuan di Amerika sebelum DOJ mengumumkan laporan untuk melakukan tindakan sivil terhadap beberapa individu dengan melabelkan "mencuri duit 1MDB" (walhal beberapa kali 1MDB dengan tegas menafikan wang dan aset mereka tidak hilang). Baca di SINI.

Londeh kedua, khabarnya Mahathir hampir kena serangan jantung di Jakarta apabila mendengar Azwan Bro, Naib Ketua Pemuda Malaysia membuat laporan polis terhadap Zeti, Gani dan Abu Kassim. Begitu terperinci laporan MalaysiaToday. baca di SINI.

Nampaknya 'puzzle' yang disusun dengan selitan 'gambar DOJ' belum mampu menolak PM Najib dari kerusinya dan semalam dengan tenang PM Najib memberi jawapan yang ringkas dan padat apabila ditanya tentang serangan terbaru kumpulan anti beliau melalui dalam dan luar negara (beberapa akhbar sahaja)
“Tidak ada apa-apa, semua macam biasa… saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun perdana menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia,”.
Rakyat Malaysia yang waras pun tahu bahawa media luar negara yang mengeluarkan artikel serangan untuk membesar-besarkan cerita rekayasa 1MDB ini dibayar dengan harga yang cukup lumayan.

Bayangkan menurut sumber, kalau di dalam negara kita pun bayaran untuk sibertruper kumpulan pendedak anti Najib mendapat imbuhan puluhan ribu ringgit dan ada sesetengahnya mendapat 5 angka sebulan, bayangkan berapa pula media luar negara dapagt demi untuk memburukkan nama PM Najib.

Lucunya, kisah tandatangan deklarasi sejuta sudah berkubur setelah terbongkarnya skandal meniru tandatangan, anda tidak rasa pelik?

Kini pembongkaran terhadap drama DOJ pula, nama Daim Zainuddin juga nampaknya dipetik oleh MalaysiaToday selain Zeti, Gani dan Abu Kassim.

Soalan yang sama bermain di kepala rakyat Malaysia, kenapa nampak terdesak sangat Mahathir dan kumpulan pendedak anti Najib? Benarkah kerana isu bawa masuk USD100B dihalang oleh PM Najib?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top