.... Ketika Mahathir Gerakkan Tangan Kanan, Tangan Kirinya Lebih Merbahaya | AAKJ



Sebelum ini Malaysia Today telah melaporkan perkara tersebut. Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam usahanya untuk menggulingkan Presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengambil alih jawatan Presiden PKR. Pada asasnya, mereka sedang merancang satu rampasan kuasa terhadap Wan Azizah, dan dia tahu berkenaan perkara ini.

Sebenarnya, Mahathir tidak hanya menyokong Azmin. Beliau memaksa Azmin. Mahathir telah memberitahu Azmin bahawa dia tidak berpuas hati dengan kelewatan dalam usaha menewaskan Wan Azizah. Mahathir mahu ia dilakukan dengan cepat iaitu dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

Sumber rapat Anwar Ibrahim, para pemikir, ahli pasukan strategi politik, atau apa sahaja yang anda ingin panggil mereka, cuba untuk menghalang perkara ini. Dengan itu tersebar lah surat Anwar ‘bocor’ dari penjara, sebenarnya ia tidak bocor tetapi dirancang untuk tatapan umum sebagai satu amaran kepada Azmin.

Ia tidak menghalang Azmin walaupun amaran dari Penjara Sungai Buloh akan ‘mendedahkan’ hubungan sulitnya dengan salah satu daripada ‘pelatih’ PKR – Azmin tahu bahawa Rafizi Ramli merupakan dalangnya. Malahan Azmin membalas dengan mengancam untuk turut memaparkan bukti Rafizi dengan beberapa lelaki muda atau kanak-kanak lelaki.

Namun begitu, saya ragu-ragu ini akan memusnahkan sama ada Azmin atau Rafizi. Hubungan dengan wanita lain, walaupun isteri orang, atau orang-orang daripada jantina yang sama, bukan lagi senjata yang berkesan untuk menjatuhkan ahli politik.

Walaupun dengan dua sabitan liwat Anwar masih pilihan Pakatan sebagai Perdana Menteri, dan walaupun wujud bukti bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain (melalui SD yang ditandatangani oleh suaminya), Mahathir masih mahukan beliau untuk mengetuai parti barunya.

Menurut Raja Petra, Tun Daim Zainuddin telah mengadakan mesyuarat dengan Azmin untuk merancang penyingkiran Wan Azizah dan pengambilalihan PKR (PAS mempunyai butirannya). Bagi menggulingkan Wan Azizah, Azmin perlu mengawal sekurang-kurangnya 120 bahagian PKR. Dan ini tidak murah. Daim telah memperuntukkan bajet sebanyak RM250 juta atau antara RM1 juta hingga RM3 juta setiap bahagian.

RM250 juta mungkin kedengaran seperti sejumlah besar wang tetapi dalam politik kecil sahaja. Menurut Raja Petra lagi, Anwar membelanjakan lebih daripada RM250 juta untuk menggulingkan Tun Ghafar Baba 23 tahun yang lalu pada tahun 1993. Untuk Sabah sahaja Anwar membelanjakan RM200 juta (semua dalam bentuk wang tunai – tanya Abdul Ghapur Salleh mengenainya) untuk membeli pencalonan (yang menyebabkan Ghafar meletak jawatan ), ia bernilai kira-kira RM350 juta hari ini.

Anwar dikatakan telah membelanjakan RM600 juta (iaitu RM1 bilion hari ini) untuk menjadi yang Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Dan sudah tentu wang itu datang dari taikun perniagaan dan syarikat-syarikat perjudian, menurut testimoni saksi di mahkamah daripada orang yang membawa beg wang tunai ke rumah Anwar setiap minggu, kata Raja Petra.

Daim dan Azmin tahu ia memerlukan wang yang banyak. RM250 juta untuk menggulingkan Wan Azizah dan mengambil alih PKR hanya perkara kecil. Setakat ini Mahathir telah membelanjakan lebih daripada satu bilion (RM600 juta hanya untuk merasuah blogger Mat Salleh dan wartawan dari UK, Amerika Syarikat, Australia, dan lain-lain), menurut Raja Petra lagi. Dan mereka perlu RM3 bilion untuk terus membiayai (Kempen Anti-Najib) ANC dan RM2 bilion untuk membiayai parti baru Mahathir hanya sehingga 2018.

Jumlah keseluruhan sebanyak RM5 bilion dalam tempoh hanya tiga setengah tahun. Namun Mahathir mempersoalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM2.5 bilion untuk membiayai aktiviti politik beliau sejak tiga dan setengah tahun yang lalu dan untuk memenangi pilihan raya umum 2013 (wang yang datang daripada penderma Timur Tengah ). bajet Mahathir adalah dua kali ganda.

Jika Najib membelanjakan hanya RM2.5 bilion maka itu adalah amat murah kerana Mahathir membelanjakan RM1.5 bilion setiap pilihan raya umum sejak beliau menjadi Perdana Menteri bermula tahun 1980-an. Dan RM1.5bilion tersebut hanya untuk pilihan raya dan bukan untuk aktiviti politik di antara masa pilihan raya umum tersebut.

Jadi, ya, tidak murah untuk mengekalkan kuasa. Malahan di UK dan Amerika Syarikat ia lebih mahal. Ia melibatkan kos AS $ 100 juta hanya untuk demonstrasi dan kempen ‘occupy’ untuk menjatuhkan Yingluck Shinawatra (saya berada di sana di Bangkok semasa demonstrasi dia meletak jawatan).

Kini persoalannya: adakah RM250 juta cukup untuk Azmin untuk membeli sekurang-kurangnya 120 bahagian PKR? Masalahnya, Daim mungkin super-kaya tetapi beliau juga adalah seorang yang super-kedekut. Tidak mudah untuk memerah wang daripada dia. Jika Azmin benar-benar mahu berjaya maka dia perlu meminta Daim menaikkan belanjawan kepada RM10 juta bagi setiap bahagian. Dan ini bermakna RM1.2 bilion dan bukannya semata-mata dedak (makanan ayam) sebanyak RM250 juta.

Mahathir tahu parti baru beliau semata-mata tidak mampu melakukan tugas tersebut. Dia perlukan PKR. Itu tidak akan berlaku selagi Wan Azizah berkuasa kerana dia membenci Mahathir lebih daripada dia membenci lelaki muda yang gay. Jadi dia perlu digulingkan dan digantikan dengan Azmin.

Anwar biarkan “options open”. Beliau memainkan peranan sebagai ‘polis baik’ manakala Wan Azizah memainkan peranan ‘polis jahat’ supaya mereka boleh “swing” ke mana sahaja yang sesuai dengan mereka. Anwar tahu bahawa Mahathir mungkin tiket ‘keluar dari penjara cepat’ beliau. Tetapi Mahathir telah menunjukkan bahawa pembebasan Anwar bukan sebahagian daripada agenda ‘Save Malaysia’.

Oleh itu Wan Azizah berkata, mereka akan ‘tunggu dan lihat’ dulu. Tunggu dan lihat bermakna sama ada Mahathir bersetuju bahawa pembebasan Anwar akan menjadi sebahagian daripada agenda ‘Save Malaysia’ sebelum mereka menyokong parti baru Mahathir dan menyertai pakatan pembangkang baru yang Mahathir tubuhkan.

PAS juga berkata mereka akan tunggu dan lihat – tunggu dan lihat sama ada Mahathir menyokong Rang Undang-undang Syariah persendirian Abdul Hadi Awang di Parlimen. Jika Mahathir sokong maka DAP akan hentam dia. Jika dia tidak sokong maka PAS akan memanggil dia sebagai kafir harbi (seperti yang mereka lakukan 35 tahun yang lalu pada tahun 1981) dan memberitahu dia “pergi mampos”. Persoalannya kini, Mahathir memikirkan sama ada dia memerlukan undi Cina daripada DAP lebih daripada dia memerlukan undi Melayu daripada PAS. Jika PAN boleh memberikan undi PAS maka Mahathir akan memilih DAP.

Dua bulan akan datang hingga September sangat penting. Azmin hanya mempunyai dua bulan untuk mengambil alih jawatan presiden parti manakala pada masa yang sama Mahathir menubuhkan parti baru untuk didaftarkan , ia agak mustahil.

Pakar strategi politik Mahathir, Syed Akbar Ali, menguji pendapat awam untuk melihat berapa banyak sokongan yang mereka boleh dapat. Sebaik sahaja parti baru Mahathir telah diumumkan, Syed Akbar ‘bocorkan’ senarai baru kepimpinan parti (di bawah) untuk melihat reaksi rakyat.

Malangnya langkah itu memakan diri sendiri apabila ramai menafikan bahawa mereka menyertai parti baru Mahathir, apatah lagi sebagai salah satu daripada pemimpin-pemimpin parti. Ramai orang selain daripada PKR dan PAS mahu menunggu dan melihat juga.

Sebenarnya, Syed Akbar berharap dia akan menjadi Ketua Penerangan parti baru, tetapi dia tidak mahu termasuk dalam senarai tersebut supaya tidak dituduh gila Kuasa. Tetapi dengan langkah bodoh membocorkan senarai kepimpinan palsu tersebut telah menyebabkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikan, Mahathir mungkin perlu menimbang semula rancangan itu.

Dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin, walaupun kedua-dua mereka mungkin tidak sepandai Syed Akbar tetapi mereka tidak boleh melakukan lebih banyak kerosakan daripada apa yang mereka telah lakukan. Jadi Mahathir mempunyai tiga pilihan untuk Ketua Penerangan: “dumb, dumber and dumbest.”. Pilih sahaja kesukaan anda.

Dalam kemelut politik, rampasan kuasa dan balas rampasan kuasa yang berlaku, apa pendirian Lim Guan Eng mengenai perkara itu? Adakah beliau juga menunggu dan melihat semasa dia mengalunkan lagu ‘Over the rainbow’.

Malaysia Today





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top