.... Kembali Mentaati DAP, PAS Mula Jilat Balik Ludah | AAKJ



Setelah gagal berjuang bersendirian di Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Kecil kerusi parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar, PAS hilang pedoman terutamanya Timbalan Presiden. Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tebal muka terpaksa menggunakan alasan kononnya musuh mereka yang sebenar adalah UMNO BN, jadi mengapa tidak boleh melutut kembali kepada DAP?

Mudah sahaja alasan Timbalan Presiden parti yang menggunakan nama Islam dalam perjuangan mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau sebenarnya membuktikan betapa dakwaan selama ini terhadap beliau ada benarnya. Ramai ahli PAS berpandangan Tuan Ibrahim adalah parasit atau broker pakatan harapan.

Bukan sahaja Tuan Ibrahim namun nama-nama seperti Husam Musa dan Mahfuz juga dikatakan antara yang paling kuat memainkan peranan agar PAS kembali berlutut kepada DAP dan PKR. Malah lebih memalukan terpaksa jilat semua ludah mereka terhadap PAN terutamanya Mat Sabu.

Menurut sumber pakatan, mereka kekal di dalam PAS hanyalah kerana terikat dengan sumpah bai'ah talaq 3 terhadap isteri sekiranya mereka keluar meninggalkan PAS, namun sekiranya PAS membuang mereka maka sumpah talaq tersebut tidak terpakai.

Islam hanya pada nama parti dan tidak lebih dari itu. Hadi Awang bercerita betapa kuatnya PAS berjuang bersendirian di kesemua pilihanraya tersebut berdasarkan angka undi yang PAS perolehi, ironinya Tuan Ibrahim seakan takut PAS akan hancur di PRU14 akan datang sekiranya tidak bergabung dengan abang besar mereka DAP. Lebih teruk, PAS akan hilang kuasa di Selangor dan mungkin Kelantan juga bakal berpindah tangan kepada Kerajaan BN.

Kemana perginya "kekuatan Islam" yang mereka canang di pentas politik selama ini? Tuan Ibrahim lebih yakin kekuatan DAP dari Islam?

Yang untung dan bakal tersenyum lebar adalah Mat Sabu. Habis semua ahli PAS kena tipu!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top