.... Kekayaan Muhyiddin Melangit Hingga 7 Keturunan? | AAKJ




Semalam nampaknya langkah pertama Muhyiddin hayun kononnya sebagai wakil kumpulan anti Najib yang masih belum siap parti yang diwar-warkan sebelum ini. Parti yang kononnya bakal tercatat dalam sejarah negara bahawa ianya parti yang dihasilkan oleh Mahathir. Langkah Muhyiddin hadir di perjumpaan khas antara kepimpinan PKR yang berlangsung di Subang Jaya. Muhyiddin tanpa silu dan penuh nekad bertemu Wan Azizah dan barisan kepimpinan parti Anwar Ibrahim yang lain.

Semalam juga beliau dengan muka yang tidak malu mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan bersimpati dengan apa yang diperjuangkan oleh Wan Azizah, pembebasan Anwar. 

Benarlah kata orang lama di dalam politik. Segalanya berkemungkinan bila kita menjadi hamba parti politik dan bukannya menggunakan politik sebagai medium membantu rakyat. Mata jadi buta, telinga jadi pekak dan maruah lebih hina dari pelacur apabila meletakkan parti politik hanya untuk memenuhi tuntunan nafsu yang tidak pernah cukup. Hari ini musuh esok boleh bersahabat dan begitulah sebaliknya. Itulah warna sebenar perjalanan politik Muhyiddin yang sebelum ini dengan retorik mengaku bahawa beliaulah totok UMNO. Keputusan memecat beliau dari parti keramat UMNO adalah amat tepat.

Terbaru dengan bongkak dan nada berbau seorang pemimpin pembangkang, Muhyiddin cuba menghina UMNO dengan melabelkan bahawa UMNO adalah umpama kereta yang buruk dan tidak mampu dibaiki lagi. Bagi Aakj, ianya bukan tempelak asli. Muhyiddin hanya mengubah frasa yang pernah dimuntahkan oleh Mahathir bila beliau memburukkan UMNO, ingat lagi tak apa kata Mahathir? UMNO membusuk hingga ke usus! Dan usaha menghina Mahathir gagal.

Apa reaksi ahli dan pemimpin UMNO ketika Mahathir menghina parti yang berjaya menjadi asbab kekayaan kepada beliau dan anak pinaknya hingga ke tahap yang tidak mampu dicapai oleh akal rakyat Malaysia, super jutawan, itulah tahap kejayaan UMNO dan Mahathir tidak akan mampu menyangkalkannya. Bayangkan, anak-anak beliau mampu mengumpul kekayaan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri tanpa sedikit pun halangan. Anda bersetuju dengan Aakj?

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii antara pemimpin muda UMNO tidak menunggu lama untuk membasuh Muhyiddin, antaranya:
Manusia seperti Muhyiddin dan Tun Mahathir tidak akan hidup selesa dan disambut berbentangkan karpet merah sekiranya tidak mempunyai jawatan penting di dalam UMNO sebelum ini.
Bahkan seluruh keturunan beliau menikmati hasil daripada perjuangan UMNO. Barangkali mungkin sehingga tujuh keturunan tidak akan habis dibelanjakan hasil yang mereka miliki semasa berjawatan di dalam parti.
Walaupun itu hanya sindiran tajam dari Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan namun apa yang penting ingin disampaikan Razlan adalah siapa Muhyiddin kalau bukan kerana UMNO? Tahniah Razlan kerana tidak gentar dengan 'musuh politik' UMNO waima beliau adalah Muhyiddin!

Dan apa pun yang Muhyiddin buat, perkara pokok mengenai dirinya ialah dakwaan skandal dengan isteri orang yang kini sedang 'terselit' di antara babak tuntutan perceraian di mahkamah. Muhyiddin perlu bersumpah laknat untuk bersihkan nama beliau dan membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang di dakwa oleh MalaysiaToday
Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan isteri hakim dan hakim itu menyaman isterinya untuk bercerai atas sebab tersebut. Dalam alasan untuk perceraian, hakim menyatakan kecurangan sebagai sebab dan nama Muhyiddin disebut di dalam Akuan Berkanun. 
Isteri hakim tersebut mahu mencabar perceraian itu dan jika perkara ini dibicarakan di mahkamah terbuka ia akan menjadi sangat memalukan bagi Muhyiddin. Jadi seorang jutawan Cina merancang untuk membayar isteri hakim tersebut sebanyak RM2 juta sebagai satu bentuk penyelesaian perceraian dengan perjanjian bahawa dia tidak akan mencabar perceraian itu, menurut Raja Petra lagi. Baca selanjutnya di SINI.
Berjayakah Muhyiddin menghina UMNO atau sekadar mengalihkan perhatian terhadap dakwaan skandal dengan isteri orang?


Anak Muhyiddin layak naik heli kerajaan atau ini heli siapa?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top