.... Kekal Jawatan: Betulkah Guan Eng Tidak Akan Ganggu Proses Pendakwaan, Siasatan Tambahan? | AAKJ



Menurut sumber dalaman pakatan haram harapan, sudah mula timbul persoalan dari kakitangan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan kita sendiri boleh bayangkan. Sejauh manakah Lim Guan Eng tidak akan 'mengganggu' proses pendakwaan dan siasatan tambahan jika ada sepanjang siri perbicaraan ini?

Timbul juga persoalan, kenapa hanya Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon sahaja yang didakwa, bagaimana pula dengan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, apakah mereka langsung tidak terlibat di dalam 'persetujuan bersama' ketika menukar status tanah yang terlibat? Bagaimana sekiranya exco-exco yang terlibat bakal disiasat? Apakah ketika ini Lim Guan Eng tidak akan campurtangan?

Menurut laporan media, sebanyak 90 orang saksi telah dipanggil dan disiasat. Apakah mereka yang terlibat disiasat tersebut termasuk exco kerajaan negeri atau pun termasuk jawatankuasa yang mana Lim Guan Eng sendiri menjadi pengerusinya? Jawatankuasa perumahan?

Teringat amalan kumpulan Mafia atau samseng atapupun kongsi gelap. Seakan sama di antara kumpulan ini bahawa 'ahli jawatan kuasa tertinggi' mempunyai perasaan takut yang teramat sangat terhadap ketua yang mereka lantik. Selagi ketua tidak mati atau gugur maka kehidupan mereka sebagai pengikut taksub sentiasa hidup di dalam ketakutan malah lebih teruk, ketakutan ini menyelubungi seluruh ahli keluarga mereka. 

Sekadar teringat dan bukannya nak samakan amalan DAP dengan kumpulan haprak yang tersebut di atas.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top