.... Jenayah Justo-Claire Sedang Dibersihkan | AAKJ



Nampaknya 'cerita jenayah' yang melibatkan Justo mengenai penjualan dokumen kononnya sulit tentang urusniaga syarikat PetroSaudi masuk fasa baru. Perkembangan terkini adalah babak memasukkan cerita kononnya melalui keterangan dari isteri Justo bahawa Justo ditipu supaya mengaku bersalah agar hukuman dapat dikurangkan.

Lakaran cerita baharu ini ditulis oleh media sama yang merekayasa kononnya wujud kecurian wang 1MBD dengan jumlah yang tidak pernah konsisten angkanya, Sarawak Report. 

Namun garapan cerita yang nampak ke arah menyucikan jenayah yang dilakukan oleh Justo dan Claire, mereka terlupa satu perkasa. Asas jenayah dari awal pengakuan Justo adalah, beliau menjual dokumen yang kononnya rahsia milik PetroSaudi dan pembelinya adalah Claire dan akhirnya Claire menjual kepada pemilik The Edge, portal berintenet milik jutawan Tong Kooi Ong. Nilai jenayah penjualan dokumen tersebut USD2 juta. Ini asas jenayah yang cuba dilenyapkan oleh Claire dengan kisah terbaru kononnya Justo ditipu oleh peguam ketika perbicaraan di Thailand.

Tindakan cubaan membersihkan jenayah Justo-Claire-Tong (belum mula prosiding di Malaysia) ini berikutan 'jalan cerita' yang mereka rancang sudah berubah. Kaedah menyusun rancangan melalui manipulasi media dengan jalan cerita disusun nampaknya tidak 'masuk' dengan kisah DOJ yang dikatakan cuba menampakkan wujudnya keterlibatan 1MDB. Lantarasan itulah dengan kadar segera, kenyataan isteri Justo dijadikan rencah baharu dalam ramuan serangan yang gagal di fasa terdahulu.

Seakan mendapat talian hayat akhir, rancangan menuduh 1MDB dan akhirnya target sebenar mereka adalah PM Najib dilakun semula apabila tiba-tiba sahaja rakyat Malaysia diperingatkan kembali betapa Justo telah mengaku dengan jelas tentang siapa rakan jenayah beliau dan bagaimana dokumen yang dijual tersebut telah diubah oleh Claire dan mungkin diubah lagi sekali oleh jutawan media Malaysia tersebut. Justo juga pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau akan menyaman Claire dan Tong.
Pada bulan April 2016, laporan Bernama dipetik sebagai berkata, Xavier turut menyaman penerbit The Edge Ho Kay Tat dan mengarahkan ketiga-tiga mereka memulangkan semula kesemua data yang diberikan untuk mengugut PetroSaudi sebelum ini. Menurut Justo, beliau akan membawa kes ini ke Singapura kerana beliau menyerahkan data tersebut kepada ketiga-tiga defendan di sana.
Apakah pengakuan Justo tersebut juga merupakan pengakuan yang berbohong dan berniat untuk menipu?

Hari ini di sidang akhbar Muhyiddin, Wan Azizah dan Azmin Ali di Subang Jaya, Muhyiddin mengatakan bahawa apa yang beliau suarakan selama ini ada kebenarannya berasaskan apa yang DOJ keluarkan. Namun Muhyiddin lupa, cubaan beliau yang berulang kali memperbodohkan rakyat Malaysia di dalam isu 1MDB dan terbaru DOJ jelas gagal. Bayangkan betapa terdesaknya Muhyiddin Yassin, proses DOJ adalah proses pertuduhan dan bukannya keputusan Mahkamah Amerika. Di peringkat ini PM Najib sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memandang serius isu DOJ dan akan bekerjasama. Malah PM Najib mengarahkan penama yang tersabit tampil untuk menjawab dan membersihkan nama apabila tiba masa di panggil oleh Mahkamah Amerika. Dan sehingga kenyataan PM Najib semalam, pihak 1MDB belum lagi dipanggil atau diarahkan di dalam proses siasatan DOJ tersebut. Wajarkah Muhyiddin cuba menanamkan persepsi negatif sedangkan beliau tahu membezakan pertuduhan dengan hukuman?

Timbul juga persoalan menarik, siapakah Dalang utama dalam drama 1MDB ini? Siapa pula tukang lawak yang cuba mencoretkan jalan cerita baru ini dan siapakah yang mengeluarkan peruntukan yang begitu besar dan khabarnya mereka menggunakan saluran pelabur yahudi untuk duduk semeja dengan Peguam Negara Amerika itu? Katanya laluan syarikat atau kumpulan pelobi yahudi lebih laju dari kumpulan pelobi bukan yahudi sekiranya ingin berurusan dengan Peguam Negara di sana?

Dan rakyat Malaysia tertanya, bilakah episod siasatan dan dakwaan terhadap Tong dan rakan sekutunya Ho Kay Tat akan diumumkan?




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top