.... JAIS Hantar Pendakwah Berceramah Sebelum Konsert Salena Gomez? | AAKJ




Akal media totok pro pembangkang: 

Peluang berdamping dengan anak mudah Islam semasa penganjuran konsert Selena Gomez di Shah Alam pada 25 Julai nanti, boleh digunakan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk berdakwah dengan anak muda Melayu yang hadir

Nak jumpa satu-satu ni mungkin susah pasal ramai, jadi dengan kemurahan hati Selena Gomez memilih Selangor sebagai lokasi konsert jelajahnya, perkumpulan ribuan remaja Melayu itu nanti boleh digunakan JAIS untuk berdakwah.

Asal dulu, penganjur pun terkejut dengan kesudian Selena Gomez memilih Malaysia dan Selangor sebagai lokasi konsertnya memandangkan status negara ini sebagai sebuah negara Islam. Rupanya bekas teman wanita Justin Bieber ini mempunyai peminat yang ramai disini.

Difahamkan 80% tiket sudah terjual setakat ini dengan majoriti besarnya dibeli oleh anak mudah Melayu/Islam.

Ini sahaja menunjukkan bahawa keputusan kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali bersetuju dengan penganjuran konsert Selena Gomez adalah tepat dan selari dengan kehendak pengundi muda Selangor yang memang dahagakan hiburan peringkat tinggi.

Asyik-syik artis tempatan dan rancangan lawak bodoh di TV tak habis-habis, siapa yang tahan ye tak?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top