.... Halang Parti Komunis Dari Memerintah Malaysia | AAKJ



Bahaya! Ancaman model baharu di zaman digital, idealogi komunis yang diterapkan di dalam pertubuhan parti politik. Dan paling bahaya gerakan mereka nampak seperti membela rakyat tetapi hakikatnya mereka menggunakan parti politik hanya sebagai platform untuk berkuasa.

Bahaya! Kiranya diberi berkuasa, pergerakan ini akan mengaut harta rakyat tanpa disedari dan sekali lagi mereka sandarkan alasan kononnya demi rakyat. Mulut berbicara kononnya untuk seluruh bangsa atau semua bangsa dan anutan kepercayaan adalah sama tetapi bila melihat struktur kepimpinan pergerakan mereka kita akan tahu bangsa apakah yang memonopoli peringkat kepimpinan teratas.

Wujudnya seorang dua dari bangsa lain tidak ubah seperti badut penghias pentas opera. Lihat sahaja apa reaksi badut apabila bangsa badut dihina. Badut menyepi dan sembunyikan kepala di dalam mangkok tandas.

Slogan popular yang digunakan komunis, "Keadilan Untuk Semua" merupakan ungkap kata yang sentiasa mereka laungkan. Proses doktrinisasi slogan ini berlaku hanyalah untuk memahat ke dalam kepala otak pengikut mereka betapa keadilan yang sebenar adalah keadilan untuk semua pemimpin. Pemimpin tidak boleh dizalimi dan mereka adalah suci dari segala dosa. Lihat sahaja pemimpin parti di negara yang amalkan komunisme, siapa yang menikmati slogan tersebut?

Ironinya slogan ini hanya muncul dilalakkan ketika adanya pilihanraya sahaja dan bukannya sepanjang masa. Buktinya, apabila pemimpin mereka tersepit kerana dosa buatan sendiri, mereka akan heret pengikut mereka bagaikan lembu dicucuk hidung ke jalanraya untuk pertahankan mereka.

Mampukah rakyat negara ini berada di bawah pemerintahan parti yang amalkan idealogi komunis atau mirip idealogi tersebut? Mana bukti perjuangan mereka tentang kesamarataan bangsa dan anutan?

Halangkan mereka segera!!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top