.... Guru Sekolah Agama Sebar Gambar Lucah Pemimpin Malaysia | AAKJ



Nik Adid Nik Mat, 43, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, selepas didapati bersalah atas pertuduhan menggunakan aplikasi Internet untuk menghantar gambar lucah dan palsu membabitkan beberapa pepimpin negara serta memiliki filem lucah 2 tahun lalu.
Gara-gara menyebar gambar dan memiliki filem lucah, seorang guru di sebuah sekolah menengah agama di Cherang Ruku, Pasir Puteh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. 

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan itu terhadap Nik Adid Nik Mat, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. 

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa memulakan penghantaran gambar berunsur lucah dan palsu sifatnya di satu laman Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain, di satu alamat di Jalan Maahad Saniah, Pasir Puteh pada 9 malam, 8 Ogos 2014. 

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimun RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, Nik Adid didakwa memiliki filem-filem dan bahan publisiti filem lucah di alamat sama pada 4.45 pagi, 21 Ogos 2014. Bagi pertuduhan itu, Nik Adid didakwa di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. 

Hakim Ahmad Bazli memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan bermula hari ini. 

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Siti Syareah Meor meminta agar hukuman terhadap Nik Adid ditangguhkan sehingga selesai membuat rayuan di Mahkamah Tinggi memandangkan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga selain isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak ketiga mereka. 

Mahkamah membenarkan hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan dengan jaminan sebanyak RM15,000. Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Idham Abd Ghani.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top