.... DOJ: Kumpulan Anti Najib Bimbang Pilihanraya Umum Lebih Awal | AAKJ




Pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat kononnya berlaku penyelewengan dalam 1MDB kini digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka ini sebenarnya bimbang Najib akan mengadakan pilihan raya lebih awal dan berdasarkan kepada kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak serta dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar, memang tidak dinafikan BN bakal mendapat kemenangan besar.
Bagaimanapun dengan adanya gangguan daripada DOJ ini, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat Malaysia.

Sebab itulah ia dijadikan sebagai bahan untuk menyerang Perdana Menteri. Bayangkan jika Najib mengumumkan akan membubarkan Parlimen lebih awal, mungkin awal tahun depan, sudah tentu pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan `terduduk’ untuk menghadapinya.

Sudah tentu mereka akan kalah teruk dan pastinya kemenangan BN akan menamatkan kempen kumpulan anti-Najib ini.

Dalam keadaan pembangkang yang sedang huru-hara dan kem Dr. Mahathir yang dihimpit dengan kekurangan sokongan, sudah pasti mereka akan berdepan dengan laluan sukar jika pilihan raya umum diadakan.

Tetapi dengan munculnya isu DOJ ini, mereka berharap Najib akan teragak-agak untuk membubarkan Parlimen dan atas sebab itu setiap hari mereka membelasah beliau walaupun mereka tahu DOJ tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau mendakwa beliau telah melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Namun disebabkan mahu mencipta persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, kini pembangkang termasuk Dr. Mahathir telah menjadikan ia sebagai senjata.

Apa pun yang pasti Najib tenang dalam berdepan dengan episod baru `serangan’ ini yang sekali lagi menggunakan 1MDB.

Beliau tidak gentar malah menjalankan tugasnya seperti biasa tanpa sebarang kebimbangan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top