.... DOJ: 1MDB, Peguam Negara Amerika Terima Sogokan Jutaan Dollar? | AAKJ




PETISYEN LETAK JAWATAN LORETTA LYNCH PEGUAM NEGARA AS KUMPUL LEBIH 100 RIBU TANDATANGAN DALAM MASA 20 HARI. PEGUAM NEGARA AS DI BAYAR PELOBI MALAYSIA UNTUK SAMAN SIVIL?

1. American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen letak Jawatan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika Syarikat kerana terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen "Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah mengumpul lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari.

2. 21 Julai lalu Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative. - merampas aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti penggubahan wang haram.

3. Kenapa tiba-tiba Loretta Lynch mengumumkan Saman sivil ini? apakah beliau mahu menolong kepada publisiti isteri Bill Clinton - Hillary Clinton yang bersaing sebagai Presiden Amerika Syarikat? Atau mahu menutup salah lakunya bersekongkol dan menerima rasuah Bill Clinton?

4. Integriti Lynch jelas boleh dipertikaikan dan tidak mustahil pasukan pelobi Tun Mahathir yang membuat aduan kepada Kleptocracy Asset Recovery Initiative dibayar berjuta. Bukan hairan bagi pasukan Mahathir yang pernah membayar Jack Abramoff USD1.2 Juta.


Baca di SINI seterusnya.

Juga baca:

Siapa Yang Bayar Firma Di Amerika Syarikat Supaya Percepat Aduan Dr Mahathir?

Ada maklumat rupa-rupanya pihak tertentu boleh membayar sejumlah wang yang besar kepada sebuah firma Amerika Syarikat (AS) dan firma itu akan menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memastikan kes yang dilaporkan akan didengar secepat mungkin.

Perkara itu didedahkan oleh satu artikel ditulis oleh portal malaysia-today.net yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam. Beliau berkata, tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS itu adalah hasil aduan dari kumpulan anti-Najib.

Oleh itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mahu pihak yang mereka yang membuat aduan, siapa yang menyediakan sumber kewangan yang banyak membayar firma itu supaya isu ini didengar dengan cepat.

"Siapa yang tanggung dan bayar jutaan ringgit, kos firma guaman di Amerika mendapatkan mereka yang berkuasa untuk mendengar kes 1MDB?" tegas Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam artikel RPK berkenaan, beliau menulis bahawa selepas sejumlah wang dibayar biasanya tidak banyak perkembangan akan berlaku melibatkan kes tetapi mereka akan membuatkan kes berkenaan jadi kecoh.

Ramesh awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat langsung dalam siasatan terbaru ini dan ia hanyalah satu taktik jahat dan kotor oleh gerakan menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebagai seorang Perdana Menteri selama 22 tahun dan bencikan pula Amerika satu ketika dulu, takkan Dr Mahathir tidak mengetahui selok-belok sistem Amerika.

"Pastinya beliau akan menggunakan sepenuhnya kesempatan ini kerana nampak peluang untuk menjatuhkan Najib kerana itu sahaja matlamatnya," kata Ramesh. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. ada 2 jenis penyokong najib 1)penjilat jubur 2)ketagihan menjilat jubur
      Anda di pihak yang mana satu??

      ReplyDelete

     
    Top