.... 'Dinasti Lim' Memerintah Ala Komunis? | AAKJ



Sudah dapat dijangkakan apa keputusan Lim Guan Eng tentang kedudukannya di Pulau Pinang. Keputusan yang kononnya dibuat melalui proses mesyuarat 'ahli majlis tertinggi DAP' hanyalah lakonan bodoh yang tidak mampu perdayakan rakyat Pulau Pinang.

Kenapa tidak dibuat 'Deklarasi Rakyat Pulau Pinang' atau dengan mengutip suara rakyat di sana secara keseluruhannya, kekal atau nyahkan Lim Guan Eng dari jawatannya itu?

Sebenarnya dari awal lagi DAP atau kumpulan sokongan mereka yang memakai label baharu, pakatan haram harapan cuba berlagak baik dengan SPRM ketika isu 1MDB tengah hot. Kit Siang, Wan Azizah dan beberapa kepimpinan gabungan pembangkang muncul bergambar di SPRM kononnya menyokong ketelusan.

Namun tidak sampai 24 jam Lim Guan Eng ditahan SPRM, Kit Siang mula menyalak kononnya SPRM tidak betul dan sebagainya. Mana pergi pujian terhadap SPRM yang beliau katakan antara yang terbaik di dunia? Malah Lim Guan Eng selepas perbicaraan cepat-cepat menuding jari kononnya UMNO BN cuba hancurkan karier politiknya. Betulkah karier politik? Atau ianya berkaitan dengan wang dan kuasa?

Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah tidak mampu lagi menyembunyikan warna sebenar mereka dalam menerajui parti politik DAP. Jelas tanpa perlu disuluh, siapa berani menyuarakan pandangan supaya Lim Guan Eng lepaskan jawatan atau setidaknya bercuti.

Masuk akalkah mereka menggunakan alasan kononnya jawatan Ketua Menteri tiada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung. Rakyat mana lagi Kit Siang dan Guan Eng hendak menipu? Kalau tidak kerana kuasa yang ada pada Ketua Menteri maka Lim Guan Eng tidak akan dilayan sebegitu rupa di Pulau Pinang kerana beliau bukanlah warga pulau tersebut.

Logikkah secara terang di mana asal Kit Sing dan Guan Eng mulakan kerjaya politik, mereka mampu kuasai satu negeri yang bukannya kelahiran mereka? Bagi Kit Siang dan Guan Eng, mereka boleh bertanding di mana sahaja dan orang yang mereka pilih sahaja boleh bertanding mengikut keputusan mereka. Menang atau kalah calon yang mereka pilih bukan satu isu yang penting kerana yang utama semua ahli DAP wajib tunduk dan akur dengan keputusan anak beranak ini.

Wakil India dan wakil Melayu di dalam DAP pun takut untuk angkat kepala bila anak beranak ini membuat keputusan. 

Apakah ini bukan gaya komunis?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top