.... Daun Ketum Goreng Celup Tepung | AAKJ



Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa kepada Bernama.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Pada masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan.

"Jadi antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top