.... “Congenital Liars” Kini Menjadi Kiblat Demi Menumbangkan Najib Razak | AAKJ



Membesar di bawah pemerintahan Tun Mahathir, suka atau tidak, penulis terpaksa mengakui bahawa indoktrinisasi anti-barat bukanlah sesuatu yang asing kepada penulis.

Hampir kesemua serangan Barat (melalui media terutamanya) disifatkan sebagai pembohongan, dan sudah tentu ia beralaskan jawapan tentang kepentingan Barat untuk menakluki atau menjajah negara ini.

Semangat anti Barat sangat sinonim dengan kebanyakkan rakyat Malaysia ketika itu. Malah, apabila negara terjerumus ke kancah krisis ekonomi pada 1998, sekali lagi Barat dipersalahkan, dengan Soros dilabelkan sebagai penyangak matawang. Tidaklah mahir dalam soal pelaburan dan kewangan, cuma terfikir oleh penulis, bagaimana Soros boleh menjadi penyangak matawang? Secara logiknya, tentu sahaja ada pelaburan yang dibuat melalui FOREX, maka barulah ia terdedah kepada segala bentuk risiko. Betul?

Terngiang di telinga penulis akan ungkapan “congenital liars”; yang bermaksud kurang lebih, dilahirkan sebagai penipu, atau sifat penipu yang diwarisi turun temurun. Ungkapan tersebut ditujukan kepada Barat. Bukan main marah lagi Barat ketika itu. Namun, ada kebenarannya ungkapan itu, jika apa yang telah terjadi kepada Iraq diambilkira.

Laporan WSJ tentang Iraq telah dijadikan alasan untuk menceroboh Iraq, lantas dunia menyaksikan bagaimana Iraq hancur hari ini. Dan sehingga hari ini, “weapon 0f mass destruction” yang kononnya dimiliki oleh Iraq, tidak pernah dijumpai oleh mana-mana pihak. Dan Iraq telah hancur gara-gara laporan dari sekutu “congenital liars”.

Malangnya, kini “congenital liars” tiba-tiba dijadikan kiblat tentang erti kebenaran, demi menzahirkan cita-citanya untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih mengikut sistem pilihanraya yang adil dan sah.

Rasanya, seperti baru semalam Perdana Menteri diherdik dan dihina sebagai pro dan takut kepada Amerika gara-gara keakrabannya dengan Obama. Kini, “congenital liars” itulah kiblat mereka.

Tidak dapat penulis bayangkan, bagaimana orang-orang sebegini mampu bangun pagi dan meneruskan kehidupan. Hilang sudah sifat malu, kerana kesumat mereka melulu.

Iraq telah menjadi mangsa pembohongan mereka. Bagaimana pula kita?

Sumber: Mykmu

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top