.... Buruk Mahathir Melebihi DAP | AAKJ





PartII: Malu. Itu sahaja yang mampu diungkapkan dengan perbuatan Mahathir menyerang PM Najib sehari sebelum umat Islam Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Part I:  

Seperti sudah di penghujung nyawa lagak tindaknya. Mahathir mungkin masih bercagarkan betapa dia adalah Perdana Menteri Ke 4 Malaysia yang berkuasa selama 22 tahun jadi majoriti rakyat akan terima apa juga yang keluar dari mulut dan perlakuannya. Tapi kali ini beliau silap besar. Bukan sahaja tidak mendapat pujian selain dari pemakan dedak beliau tetapi Mahathir mendapat celaan majoriti rakyat Malaysia samada Islam atau kafir. Manakan tidak, hari raya, kafir pun tahu apa makna hari tersebut.

Perhati betul-betul berita politik sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Kalau ada pun serangan fitnah dari pembangkang, ianya datang dari media totok penjilat lubang najis DAP dan sekutunya sahaja. Bukannya serangan fitnah bodoh dari pemimpin pembangkang secara lansung. Tetapi apa yang Mahathir buat, bukan setakat dari pemakan dedak dan penjilat lubang anusnya tetapi beliau sendiri yang mengepalai serangan fitnah melalui laman blog milik peribadinya. Hinakan?

Media lain pun masih bekerja pada hari tersebut. Media lain melaporkan suasana harmoni rakyat Malaysia membuat persediaan menyambut hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.

Media lain memaparkan foto-foto penuh warna bagaimana ibubapa di kampung menyambut kepulangan anak untuk bersama beraya. Media lain juga tidak ketinggalan memaparkan ada pihak yang menabur bakti bertugas di perbatasan saat orang lain bergembira.

Media lain terus menyiarkan tugas anggota keselamatan sedang bertugas bagi memastikan kemalangan jalanraya dapat dikurangkan. Media lain kekal sibuk mempromosi Malaysia sejahtera.

Media Mahathir?

Sibuk menghancurkan nama baik Perdana Menteri sendiri dengan fitnah tahap najis khinzir. Kesian melihat Mahathir yang kaya raya dan pendedaknya yang miskin papa kedana terus menerus cuba hancurkan keharmonian Malaysia ini.

Tidak berhari rayakah mereka semua?

Malulah kepada DAP, PKR, PAS dan PAN. Kalau ada pun hanyalah salakan Lim Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu dan beberapa kerat pemimpin pakatan haram harapan berhubung isu nak bersihkan nama Lim Guan Eng sahaja.

Siapalah agaknya kepala perang Mahathir....


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top