.... Bubar DUN: Guan Eng Pastikan 'Dinasti Lim' Terus Berkuasa | AAKJ



KINI desas desus bahawa Teresa Kok bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedang bertiup kencang di media sosial. Malahan, beberapa sumber dalaman DAP turut memberi gambaran tersebut.

DAP kini berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah didakwa mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah. Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman. Dakwaan yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

Mereka mengakui bahawa cadangan mengadakan pilihan raya mengejut Pulau Pinang turut menghadapi risiko kehilangan banyak kerusi Pakatan Harapan kepada BN. Persoalannya, mengapa mereka memilih untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri(PRN)?

Kenapa rakyat Pulau Pinang “dipaksa” menanggung dua beban kos pilihan raya iaitu PRN dan kemudian PRU14 pula yang berkemungkinan bakal diadakan pada tahun 2018? Kenapa PRN?

Menurut beberapa orang penganalisis politik, jika DAP membubarkan satu kerusi sahaja, maka ia terlalu ketara bahawa mereka cuma mahu mencari pengganti Lim Guan Eng semata-mata, sama seperti “Kajang Move”.

Demi untuk mengelakkan persepsi ini, maka DAP terpaksa mengadakan pilihan raya negeri untuk seluruh ADUN Pulau Pinang. Disamping itu juga mereka akan dapat mengukur kekuatan dan kedudukan DAP pada mata rakyat.

Dan yang paling penting, keluarga Lim akan dapat menyusun “orang-orang” mereka sekiranya Lim Guan Eng dijatuhkan hukuman penjara kelak. Menurut sumber dalaman, Anthony Loke merupakan pilihan utama namun atas sebab yang tidak dapat dipastikan, DAP kini memberi tumpuan kepada Teresa Kok pula.

Kami berharap pihak DAP dapat memberi pengesahan berkaitan dengan khabar-khabar angin tersebut yang kini telah tersebar dengan begitu meluas di media sosial.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Anthony Loke mengakui bahawa DAP mengambil keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya mengejut tersebut sebagai tindak balas terhadap pendakwaan politik yang dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kita mempertikaikan kewajaran tindakan tersebut memandangkan jenayah salahlaku Lim Guan Eng perlu dihadapi oleh beliau sendiri, bukannya dengan mengheret rakyat bersama-sama untuk menanggung hukuman jenayah tersebut.

Untuk info, khabarnya Anthony Loke dan Teressa Kok adalah saudara rapat Lim Guan Eng.

sumber: mykmu

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top