.... Balik Raya, Foto Keluarga Solat Tepi Lebuh Raya Jadi Isu | AAKJ




SEKEPING gambar memaparkan seisi keluarga menunaikan solat di pinggir lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian namun melalui perkongsian maklumat netizen, ia dipercayai berlaku pada waktu Subuh, kira-kira jam 6.30 pagi.

Ada yang mengatakan tindakan keluarga ini yang mengutamakan solat wajar dipuji dan dijadikan teladan namun terdapat juga sesetengah pihak yang berpendapat tempat yang dipilih untuk solat itu tidak sesuai kerana boleh membahayakan keselamatan.

Ini kerana mungkin secara tiba-tiba ada kenderaan yang ingin menggunalan laluan kecemasan seperti ambulans dan sebagainya.

Pendapat ini disanggah pihak yang membayangkan situasi keluarga ini apabila berada di pertengahan perjalanan dan lokasi R&R masih jauh sedangkan waktu solat akan tamat sedikit masa lagi.

Apa-apa pun, hukum Islam sememangnya membolehkan penganutnya mengambil jalan mudah, tetapi dalam keadaan benar-benar terpaksa atau ‘darurat’.

Sebaik-baiknya rancang dahulu waktu perjalanan terutama pada waktu musim perayaan bagi mengelak berlaku keadaan seperti ini yang jelas membahayakan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, solat tetap wajib didirikan tanpa mengira tempat dan keadaan. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top