.... Apabila 'Bekas' Menjadi Pelarian Politik | AAKJ



Sudah beberapa bulan desas desus mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah parti baru. Malah, ‘The Third Force’, kolumnis Malaysia Today, telah menulis mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lepas. Banyak ejekan terhadap idea ini pada mulanya tetapi sekarang ianya terbukti benar.

Peristiwa-peristiwa dalam tempoh 20 bulan lalu tidak memberi Mahathir banyak pilihan dalam perkara itu. Mahathir melancarkan banyak serangan tetapi setiap serangan berakhir dengan kekalahan. Hanya ada satu perkara dalam fikiran Mahathir: iaitu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaliknya, gandingan beliau, Muhyiddin Yassin disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala anaknya, Mukhriz, disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah pula. Kemudian baru-baru ini mereka telah dipecat daripada parti.

Mahathir tahu bahawa Mukhriz tidak akan kemana-mana dalam Umno, malahan tiada peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri – yang merupakan syarat pertama untuk beliau menjadi Perdana Menteri sekitar tahun 2020 dan seterusnya. Jadi Mahathir tidak mempunyai pilihan tetapi menubuhkan parti baru sebagai platform untuk kerjaya politik anaknya – yang, sudah tentu, perlu merangkumi skop menggulingkan Najib.

Sebuah parti baru itu tidak akan kemana-mana kecuali ia adalah sebahagian daripada gabungan (walaupun Umno tidak akan berjaya di luar gabungan) dan melainkan jika ia yakin untuk bertanding pilihan raya dalam pertandingan satu lawan satu dan bukan menghadapi tiga atau lebih penjuru. Kedua-dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah membuktikan perkara ini. Oleh itu, Mahathir mahukan pakatan pembangkang baru terlebih dahulu mempersetujui isu ini sebelum dia melancarkan parti baru.

Parti baru yang Mahathir akan bentuk sebenarnya adalah isu kedua. Sebuah parti baru di luar gabungan adalah satu pembaziran masa dan Mahathir tahu ini. Jadi Mahathir mahu pastikan gabungan itu sebelum dia membentuk sebuah parti baru. Dan jika pakatan baru tidak terbentuk, maka Mahathir mungkin akan mengumumkan persaraan beliau seperti apa yang Tengku Razaleigh Hamzah baru lakukan.

Sama ada parti baru ini dan gabungan baru boleh mengundang pengundi masih belum dapat dipastikan. Reaksi pertama daripada kebanyakan rakyat Malaysia ialah gabungan baru ini hanya berkenaan anaknya. Mahathir mempunyai tugas yang amat berat untuk meyakinkan pengundi bahawa ini adalah untuk kebaikan negara dan bukan tentang masa depan keluarganya.

Walau bagaimanapun, Kadir Jasin, pakar ‘spin’ Mahathir, telah mmuat naik posting terkini blog dengan berkata tujuan parti baru itu adalah untuk menggulingkan Perdana Menteri. “Mesyuarat itu bersetuju bahawa pihak-pihak yang menentang Barisan Nasional dan mahu penyingkiran Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, perlu lebih fokus, bersatu dan inklusif,” kata Kadir.

Ini seperti apabila Brexiteers British mengumumkan bahawa tujuan kempen mereka adalah untuk memastikan bahawa UK keluar dari EU dan mereka bersatu dan fokus mengenainya. Kemudian kempen mereka menang. Jadi sekarang apa langkah seterusnya?

Oops … kita tidak pernah merancang untuk langkah seterusnya. Kita hanya merancang untuk memenangi kempen itu tetapi tidak pernah merancang apa yang perlu dilakukan selepas itu sekiranya kami menang.

Ya, ia seperti keadaan di UK. Mereka hanya merancang untuk menang. Mereka tidak merancang apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka menang. Jadi di Malaysia Kempen Anti-Najib (ANC) juga merancang untuk menang (bermaksud untuk menggulingkan Najib). Tetapi mereka tidak mempunyai sebarang rancangan apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berjaya menggulingkan Najib.

Sekurang-kurangnya Gerakan Reformasi 1998 mempunyai pelan. Objektifnya, sudah tentu, adalah untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir. Memandangkan Mahathir enggan meletak jawatan maka Umno dan Barisan Nasional perlu digulingkan untuk memaksa Mahathir disingkirkan. Tetapi apa yang berlaku jika atau apabila itu berlaku?

Agenda Pembaharuan (Agenda Reformasi) digubal mengenai apa yang pembangkang Barisan Alternatif gabungan itu akan lakukan jika atau apabila ia berkuasa (dan ia telah digubal oleh beberapa orang berdasarkan sumber dari Anwar Ibrahim di Sungai Buloh).

Barisan Alternatif memenangi dua negeri tetapi tidak menang kuasa persekutuan. Walau bagaimanapun, Kabinet Bayangan dibentuk dengan merangkumi jawatankuasa setiap ‘Kementerian’. Saya berada di salah satu ‘Jawatankuasa Kabinet’ untuk media dan komunikasi.

Ia telah diatur dengan baik dan berkesan. 1999-2004 mungkin tempoh terbaik dalam sejarah politik pembangkang. Barisan Alternatif bukan sekadar pakatan pembangkang. Ia adalah kerajaan akan datang. Ia dibayangi Barisan Nasional dan turut membentangkan belanjawan yang jauh lebih baik daripada kerajaan, tiga hari sebelum kerajaan membentangkan bajet di Parlimen.

Malah, kerajaan terpaksa segera meminda bajet mereka pada saat akhir dan mereka mencuri beberapa idea untuk digabungkan dalam bajet kerajaan. Tidakkah mereka mengatakan peniruan yang membentuk pujian terbaik?

Walaupun Barisan Alternatif itu teratur, dan walaupun 1999-2004 merupakan tempoh yang paling berjaya dalam sejarah pakatan pembangkang, Barisan Alternatif masih kalah pada pilihan raya umum 2004, pilihan raya yang lebih teruk dalam sejarah pembangkang.

Bagaimana tempoh terbaik untuk pembangkang berakhir sebagai prestasi pilihan raya yang paling teruk bagi pembangkang? Pembangkang terlalu fokus kepada menewaskan Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru. Segala-galanya mengenai menewaskan Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar. Jadi tidak ada perkara yang baik dari pembangkang untuk ditawarkan.

Perkara yang sama akan berlaku kepada pakatan baru dan parti baru Mahathir juga. Terlalu banyak fokus kepada menewaskan Najib dan menggantikan beliau dengan Perdana Menteri proksi yang akan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru merangkap Perdana Menteri akan datang.

Itu adalah kegagalan pembangkang pada tahun 1999-2004. Dan ia akan menjadi kegagalan pembangkang pada tahun 2018 juga. Pada tahun 2004 pembangkang mempunyai lima tahun untuk bekerja. Kali ini pembangkang hanya mempunyai masa dua tahun, atau mungkin juga kurang.

Apa yang lebih kritikal adalah fakta bahawa Mahathir menjadi ‘ringmaster’ sarkas terbaru. Persoalannya siapa yang melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang baru? Biasanya Ketua Pembangkang adalah Ahli Parlimen dan pemimpin parti pembangkang dengan paling banyak kerusi di Parlimen dan sebagainya. Mahathir bukan ahli parti, apatah lagi seorang pemimpin parti atau Ahli Parlimen atau apa sahaja, malahan bukan ADUN.

Jadi apa locus standi Mahathir, seorang warganegara Malaysia semata-mata? Saya melihat seolah-olah Mahathir merampas Pakatan Harapan seperti Anwar merampas Bersih dan melantik proksi beliau, Ambiga, untuk mengetuai pergerakan (apabila Bersih terbukti berjaya pada November 2007 selepas beberapa bulan kerja keras). Anwar merampas Bersih seperti Mahathir merampas Pakatan.

Sebenarnya, Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya diminta mengetuai sidang akhbar tersebut dan dia sepatutnya mengumumkan pakatan pembangkang baru bagi menggantikan Pakatan Harapan, atau mengumumkan bahawa gabungan itu kini akan diperluaskan kepada beberapa parti baru seperti parti Sabah baru Dr Jeffrey Gapari Kitingan dan parti baru Mahathir yang belum terbentuk tetapi akan dibentuk.

Jadi apa yang Mahathir lakukan baru-baru ini? Beliau dikatakan melakukan rampasan kuasa dan menggulingkan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang. Dan ia kelihatan seperti PKR, DAP dan PAN menyokong penyingkiran Wan Azizah dan menyokong Mahathir sebagai Ketua Pembangkang baru. Adakah ini kes seorang pelarian politik merebut kuasa dengan paksaan?

Adakah mereka gagal untuk menjemput Wan Azizah atau mereka menjemput beliau tetapi dia terlalu bijak untuk menghadiri satu majlis yang dia tahu pasti gagal dari awal lagi?

Mahathir tahu bahawa pengumuman tersebut semata-mata mencipta semula deklarasi “selamatkan Malaysia” yang sebelum ini gagal. Walaupun nama apa pun diberi, yang dikononya mendapat lebih daripada satu juta tandatangan ‘Deklarasi Rakyat’ , ianya telah terbukti hanyalah penipuan.

Isu paling penting, mengapa Mahathir tidak membentuk parti baru dahulu dan selepas partinya didaftarkan barulah diadakan pengabungan atau pembentukan pakatan pembangkang yang baru? Ia sepatutnya diadakan selepas partinya terbentuk.

Gabungan baru mungkin gagal jika Mahathir meminta 50% kerusi bagi parti baru atau jika Pakatan hanya bersetuju untuk memberikan dia kurang daripada 5% daripada kerusi. (Ingat mereka berkata ia akan menjadi pertandingan satu lawan satu sahaja?) Jadi berapa banyak kerusi yang PKR dan DAP bersedia untuk korbankan? Dan bagaimana pula dengan PAN? Adakah PAN mendapat lebih banyak atau kurang kerusi daripada parti baru Mahathir?

Penghalang utama pembangkang adalah pembahagian kerusi. Sejak tahun 1999 mereka tidak pernah bersetuju mengenai perkara ini. Dan sekarang dengan parti baru yang juga akan mahu bahagiannya daripada jumlah kerusi tersebut. Adakah Mahathir bersetuju untuk mengambil jumlah yang sama dengan PAN, yang juga parti baru?

Sekarang, jika PAN dan Mahathir parti mendapat 10% daripada kerusi manakala PKR dan DAP berkongsi baki 80% 50:50, ini akan menjadikan parti Mahathir tidak penting dan parti yang tidak boleh membuat keputusan tentang siapa yang patut menjadi Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, dan sebagainya.

Mahathir mahu membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi bakal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan lain-lain, jika Umno-Barisan Nasional dapat disingkirkan. Jadi, anda perlu kerusi majoriti dalam Parlimen dan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk berbuat demikian. Tetapi bagaimana anda mendapatkan kerusi majoriti jika anda bertanding hanya 10% kerusi bukan 50% atau lebih seperti Umno?

Mereka berkata, parti baru itu akan menggantikan Umno manakala gabungan baru akan menggantikan Barisan Nasional. Dalam kes ini, parti baru Mahathir mesti mengawal sekitar 100 atau lebih kerusi Parlimen dan 200 kerusi dalam pelbagai Dewan Undangan Negeri. Dan untuk itu berlaku mereka perlu bertanding lebih banyak kerusi daripada hanya 5-10%. Jadi ini bermakna PKR, DAP dan PAN perlu bagi laluan kepada parti baru Mahathir dan mengorbankan banyak kerusi mereka.

Itu bukan satu-satunya halangan untuk diatasi. Itu baru halangan pertama. Tetapi mari kita lihat bagaimana mereka mengatasi halangan pertama dulu. Barisan Alternatif runtuh tidak lama selepas pilihan raya umum 1999. Pakatan Rakyat runtuh tidak lama selepas pilihan raya umum 2013. Punca semua ini kerana mereka berkata ‘kami bertanding dulu dan kemudian mengatasi perbezaan mereka. Tetapi ia tidak berfungsi dengan cara itu. Sejarah telah membuktikan ini. Jadi mengapa ia harus berjaya kali ini?




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top