.... Apa Yang Muhyiddin Sembunyikan? | AAKJ



Mengapa Muhyiddin Yassin tidak hadir forum ‘Nothing to Hide 2.0’ selepas mengesahkan kehadirannya? Acara ini merupakan forum yang tepat untuk Muhyiddin menjelaskan dakwaan hubungan sulit beliau dengan isteri orang dan menafikan kewujudan SD yang menuduh dia terlibat dalam skandal ini?

Apabila NGO SukaGuam menganjurkan forum ‘Nothing to Hide’ 13 bulan yang lalu pada bulan Jun 2015, ianya bertujuan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjawab 15 soalan mengenai 1MDB. Semua telah dipersetujui, 15 soalan, kehadiran Najib, dan objektif acara itu.

Kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad telah memilih untuk merampas forum itu dan mengubahnya menjadi “a mob lynching party à la Wild, Wild West”. Mahathir menghentam Najib dengan dakwaan-dakwaan dan Perdana Menteri diminta untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan menunjukkan bukti bahawa semua tuduhan itu palsu.

Itu seperti meletakkan Anwar Ibrahim di atas pentas dan meminta beliau membuktikan bahawa dia tidak mempunyai hubungan seks dengan lelaki muda dan pelacur Cina. Mustahil Anwar mampu berbuat demikian. Pengakuan lelaki muda dan video / pita CCTV menjadikan lebih sukar bagi Anwar untuk menafikan dakwaan tersebut apatah lagi membuktikan yang dia tidak bersalah.

Mahathir merampas forum ‘Nothing to Hide’ supaya dia boleh mengubahnya menjadi pertarungan peribadi antara beliau dan Najib. Mahathir mahu mengalahkan Najib dalam 15 pusingan di gelanggang. Masalahnya Mahathir menumbuk dengan dua tangan manakala kedua-dua tangan Najib pula diikat di belakangnya.

Maksud saya bagaimana anda menjawab dakwaan, “Anda mencuri 42 bilion ringgit! Sekarang buktikan anda tidak curi! ” Di mana anda perlu mulakan? Adakah Najib akan membalas dengan cara yang sama Mahathir biasanya akan jawab apabila ditanya mengenai dakwaan terhadapnya – ia tidak pernah terbukti?

Ya, itu cara Mahathir menjawab apa-apa tuduhan. Namun apabila sampai giliran Najib, Mahathir tidak akan menerima jawapan atau penafian semata-mata. Dia mahu bukti tidak bersalah.

Forum ‘Nothing to Hide’ pada Jun tahun lepas tidak sepatutnya menjadi pertarungan peribadi satu lawan satu antara Mahathir dan Najib. Tetapi itu adalah apa yang Mahathir lakukan. Polis menasihatkan Najib agar tidak hadir kerana ia akan menjadi huru-hara dan ia juga mungkin berakhir menjadi ganas.

Bagaimanapun, Mahathir kemudian cuba untuk merampas pentas dan menjadikan forum itu sesi menghentam Najib tetapi polis menghentikan ia. Mereka tahu bahawa segala-galanya akan menjadi tidak terkawal dan akan membahayakan keselamatan Mahathir. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Mahathir maka polis akan dipersalahkan.

Baru-baru ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menganjurkan forum ‘Nothing to Hide 2.0’. Menurut penganjur, mereka bertemu dengan Muhyiddin Yassin untuk mengesahkan kehadiran beliau, walaupun dinafikan.

Forum ‘Nothing to Hide 2.0’ dianjurkan untuk membolehkan Muhyiddin menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee hingga menyebabkan suaminya memfailkan perceraian. Dalam Akuan Berkanun yang difailkan oleh suami Nika Gee, beliau menyatakan hubungan jangka panjang isterinya dengan Muhyiddin sebagai salah satu sebab.

Oleh itu, forum ‘Nothing to Hide 2.0’ adalah platform untuk Muhyiddin menjelaskan berkenaan skandal ini dan SD. Tetapi Muhyiddin memilih untuk tidak hadir. Oleh itu perkara tersebut tidak dapat dijelaskan.

Mengapa Muhyiddin tidak mengambil kesempatan tersebut untuk menjelaskan mengenai perkara ini? Beliau menafikan bahawa beliau telah dijemput tetapi dia mengakui bahawa dia tahu mengenai forum ini kerana media telah melaporkan lebih awal lagi.

Dalam erti kata lain, dia mengakui dia tahu mengenai forum itu tetapi dia tidak dijemput dan oleh sebab itu, dia tidak hadir. Mahathir juga tidak dijemput ke forum ‘Nothing to Hide’ forum pada Jun tahun lalu, tetapi itu tidak menghalang beliau daripada menghadiri.

Muhyiddin menafikan bahawa beliau telah dijemput ke forum ‘Nothing to Hide 2.0’ (itulah sebabnya dia tidak menghadirinya) namun dia tidak menafikan dakwaan tuduhan itu atau kewujudan SD. Oleh itu dakwaan skandal dan SD masih wujud.

Adakah lebih baik jika dia menghadiri forum ‘Nothing to Hide 2.0’ dan berdiri di atas pentas dan menafikan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee dan juga menafikan bahawa terdapat SD ditandatangani oleh suaminya menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin? Kemudian semua perkara ini akan dibersihkan sama sekali.

Sebaliknya, sekarang orang akan mengatakan jika Muhyiddin tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan jadi mengapa beliau enggan menghadiri forum ‘Nothing to Hide 2.0’ selepas mengesahkan yang beliau akan hadir?


KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganjurkan program “Nothing to Hide 2.0” pada 3 Julai 2016 di Kelab Darul Ehsan. Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya. 

Untuk rekod, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian mengenai penyertaan saya dalam program tersebut di laman Facebook rasmi saya. Apabila mengetahui JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, saya sekali lagi mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian di media. Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawab oleh beliau. 

Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya. Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya. 

Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut. Sedangkan pihak saya telah lebih awal membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan saya. Penting untuk diketahui bahawa program “Nothing to Hide 2.0” adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak. 

Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah apalagi di penghujung Ramadhan yang mulia ini di mana umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua. 

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top