.... Ahli DAP Pulau Pinang Mahu Chow Kon Yeow Ganti Guan Eng? | AAKJ




Ramai mempertikaikan dan mempersoalkan kewajaran hasrat dan niat Lim Guan Eng untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang lebih awal berikutan beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan melakukan rasuah.

Wan Azizah dan pimpinan PKR turut menanyakan soalan yang sama. Manakala Mujahid Pengerusi PAN Pulau Pinang berkata dia langsung tidak dirujuk mengenai perkara demikian.

Majoriti rakyat Pulau Pinang masih kabur mengenai hasrat Lim Guan Eng dan bapanya itu.

DAP Pulau Pinang bagaimanapun terpaksa akur dengan kehendak Setiausaha Agong dan Pemimpin Agong mereka. Tiada yang berani menongkah arus, tidak sependapat atau sealiran mereka berdua.

Lim Guan Eng berberapa kali mengulangi bahawa PRN bukan mengenai dirinya tetapi untuk memberi peluang kepada rakyat menentukan samada mereka masih mahu DAP menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut tinjauan, majoriti rakyat Pulau Pinang masih menyokong DAP untuk menjadi Kerajaan Negeri walaupun sokongan kepada Lim Guan Eng sebagai Ketia Menteri dan pemimpin tinggi DAP merosot teruk sejak dia dihadapkan ke Mahkamah.

Ramai yang percaya tidak mungkin Lim Guan Eng akan dihadapkan ke Mahkamah dan dituduh dengan dua pertuduhan melakukan rasuah sekiranya pihak pendakwaan tidak yakin mereka ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan Lim Guan Eng dengan jenayah rasuah.

Kenapa Lim Guan Eng berkeras untuk meneruskan dengan niat dan hasrat beliau mengadakan Pilihanraya Negeri walaupun PKR masih berbelah bahagi? PAN dalam kes ini hanyalah "yang menurut perintah" sahaja.

Apakah benar Lim Guan Eng hendak "menyelamatkan" DAP atau dia hendak menyelematkan dirinya sahaja?

Apakah beliau ingin mengadakan Pilihanraya Negeri lebih awal supaya kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang akan terjamin selamat sehingga tahun 2021?

Majoriti rakyat Pulau Pinang berkeyakinan Chow Kon Yeow mampu untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang lebih baik daripada Lim Guan Eng. Beliau juga adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang. Walaupun beliau berasal dari Selangor, rakyat Pulau Pinang menganggap beliau sebagai pemimpin tempatan kerana sudah lama bermastautin di Pulau Pinang.

Kenapa DAP atau Lim anak beranak tidak mempercayai kemampuan Chow Kon Yeow untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Kata ramai orang, Lim Guan Eng nak buang orang Chow yang ada dalam kerajaan negeri sekarang supaya tidak ganggu gugat kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri apabila semua rahsia salah laku rasuahnya terbongkar di Mahkamah bila kes mula perbicaraan nanti.

Kata orang Lim Guan Eng nak pastikan ada ahli keluarga Lim terus jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini di nafikan beliau. Kata Lim Guan Eng, bapanya Kit Siang atau adiknya bukan pengganti beliau jika dia masuk penjara. Tapi... Lim Guan Eng tak sebut samada bini dia, Betty Chew mungkin jadi calon dalam PRN atau tidak.

Kata orang, Lim Guan Eng mungkin akan bawa anak didiknya Anthony Loke bertanding di kerusi DUN Penang dalam PRN yang akan diadakan. Ini adalah mustahil kerana Anthony Loke adalah juga seorang ADUN di Negeri Sembilan.

Tidak mustahil Tony Pua yang akan diimpot untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Tony Pua dilantik Lim Guan Eng sebagai Pengarah sebuah GLC Kerajaan Pulau Pinang. Main dengan Lim Guan Eng dan DAP apa pun mungkin.

Aku ambil posisi tunggu dan lihat buat masa ini. Katanya esok Lim Guan Eng akan umumkan kepada rakyat Pulau Pinang mengenai cadangan beliau untuk adakan PRN walaupun pimpinan tinggi PKR hanya akan bermesyuarat pada Selasa.

Oops... Bang Mad Sabu sudah dirujuk oleh Lim Guan Eng. Katanya Bang Mad pun teringin jugak nak bertanding di Penang... jadi EXCO Agama lah kalau menang.- Azizi Safar

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top