.... YB Budiman Bercerita Siapa "Kekasih Gelap" Azmin | AAKJ



Calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menganggap PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai dua kekasih yang bergelut untuk merebut 'sekeping hati' yang sama.

Menurut ADUN Sungai Panjang itu, keadaan berkenaan menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bingung dan pening kepala.
 

Budiman dengan sinis menganggap PAS yang akan menentangnya dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai "kekasih gelap" Azmin.

"Kenapa kekasih gelap?

"Pada masa yang sama Azmin ada 'isteri' yang bernama PAS. Kemudian dia binkan dengan PKR. Pada masa yang sama dia ada kekasih gelap nama PAN, bin dengan DAP.

"Kalau kita lantik (ADUN) daripada PAN, hari ini pun Azmin dah pening kepala," katanya

Budiman berucap kepada masyarakat setempat di suatu program lawatan di Homestay Batu 23, Sungai Nibong hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Pilihan raya kecil Sungai Nibong akan diadakan pada 18 Jun ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lalu.

Mengenai calon PAS Dr Abdul Rani Osman, Budiman berkata terlalu sukar untuk ADUN Meru itu mengelola Sungai Besar jika berlaku sebarang kecemasan.

"Jika ada adinda yang dekat (merujuk kepada dirinya sebagai ADUN Sungai Besar) mengapa perlu pilih orang jauh (Rani)?" katanya.

Budiman turut menyentuh calon PAN Azhar Abdul Shukur yang disebut-sebut sebagai anak tempatan.

"Tetapi dia mengundi pun di Temerloh," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top