.... Video YB Budiman Jawab Soalan Terjah "RUU" | AAKJ



Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi tenang menjawab soalan terjah dari portal pro pembangkang berhubung sama ada dirinya akan menyokong rang undang-undang hudud sekiranya beliau dipilih ke Dewan Rakyat.
Beliau menjawab: “Biar saya menang dulu.”
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul untuk membahaskan rang-undang-undang persendirian mengenai pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dua minggu lalu, tetapi kemudiannya memohon penangguhan supaya perbahasan diadakan pada sesi parlimen akan datang.

Ini bermakna mana-mana calon yang menang di Sungai Besar dan juga di Kuala Kangsar pada 18 Jun ini akan berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan dan kemungkinan mengundi berhubung pindaan itu.

Berikutan rang undang-undang itu, beberapa pindaan perlu dibuat kepada undang-undang persekutuan untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Budiman juga turut ditanya sama ada isu hudud itu sengaja dimainkan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina.

“Kalau kita dapat tolak politik kebencian saya rasa tak ada masalah,” katanya pada sidang akhbar di Sungai Besar hari ini.

MCA, yang berkempen untuk Budiman, telah berkata bahawa pendiriannya menentang hudud tidak ada tolak ansur.

Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PAN.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top