.... Video Pengakuan Jujur Azmin, Beliau Pilih Sokong Calon PAN | AAKJ




SUDAH TERJAWAB teka teki sokongan Menteri Besar Selangor terhadap calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar pada hari ke sepuluh berkempen.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis berbuka puasa pada petang Selasa mengumumkan bahawa beliau akan memberi sepenuh sokongan buat calon dari Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur di Parlimen Sungai Besar.

Ia sekali gus menjawab persoalan yang penuh drama oleh Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Sebelum ini, Azmin Ali menjadi tumpuan kerana tersepit untuk memberi sokongan antara calon pilihan Pakatan Harapan (PH) atau calon dari parti rakannya di Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PKR itu juga sebelum ini dipertikaikan kerana langsung tidak nampak muka sepanjang tempoh berkempen, kecuali pada pagi penamaan calon sahaja.

Dengan pengumuman sokongan ini, jelaslah bahawa PAS hanya dipergunakan dan telah ‘ditikam belakang’ oleh Azmin Ali sendiri.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini dalam keadaan ‘caca marba’ mungkin sudah mula menampakkan hala tujunya dengan pengumuman ini, sekali gus pihak PAS seharusnya perlu bertindak keluar dari ‘Pakatan Kerajaan Selangor’ jika benar mereka masih berada dalam titik perjuangan asal yang digariskan PAS Pusat. –Tv14


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top