.... Video PAS Ikut Quran, PAN Ikut DAP - Hadi | AAKJ



Di ceramah Perdana PAS di Kampung Ketior, Manong, Hadi Awang dengan jelas menegaskan bahawa PAS menggunakan Al Quran sebagai panduan perlembagaan parti dan sebaliknya PAN mengikut DAP sebagai wadah perjuangan mereka.

Krisis perang mulut antara PAS dan PAN ini semakin kronik yang membawa kepada 'pertempuran' terbuka di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sg Besar.

PAS dilihat keseorangan manakala PAN mendapat kerjasama sepenuhnya dari pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan yang mana DAP, PKR dan PAN di dalam gabungan tersebut.

Menurut penganalisa politik tempatan, PAS bakal dibenamkan oleh PAN di kedua pilihanraya kecil ini berdasarkan kerja kuat siri kempen PAN yang diketuai oleh DAP. Maruah PAS bakal dirobek dengan angka undi yang bakal menyebelahi PAN walaupun di akhirnya kedua parti pembangkang tersebut bakal kalah dengan Barisan Nasional.

BN mempertarukan YB Budiman Zohdi di kerusi parlimen Sg Besar, manakala di kerusi Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid, balu bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar sebagai calon BN.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top