.... Video Gadis Dibogel, Ditampar, Dicucuh Rokok Di JB | AAKJ




SEBUAH video memaparkan seorang wanita menyerang seorang gadis dalam sebuah lounge karaoke kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Johor Bharu, Malaysia, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, wanita berpakaian baju merah dilihat bercangkung sambil menghisap rokok menghadap mangsa yang melutut di lantai.

Selepas beberapa saat kemudian, mangsa kemudian ditampar betubi-tubi sebelum wanita itu menghumbankan tong sampah di atas kepalanya.

Tambah mengerikan, mangsa turut dicucuh dengan putung rokok yang masih menyala apinya.

Tidak diketahui apa punca kejadian, wanita berkenaan dilihat benar-benar marah terhadap mangsa seperti mahu membalas dendam.

Malah, penderitaanya tidak berakhir disitu kerana mangsa kemudian turut dibogelkan.

Di akhir video tersebut, turut memaparkan imej wajah mangsa yang berdarah.


Menurut satu sumber, wanita yang dikenali sebagai Elaine Looi ini dikatakan mempunyai hubungan dengan gangster dan mangsa bukanlah individu pertama yang didera.

Difahamkan, video ini diviralkan oleh orang bawahan Elaine. – MYNEWSHUB


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top