.... Video 'Bonggol Maut' Di Subang Jaya | AAKJ




BONGGOL ‘maut’ yang dibina di kawasan lintasan pejalan kaki di Persiaran Jengka, Subang Jaya dikatakan mengundang bahaya kepada pemandu yang memandu laju di kawasan terbabit.

Menerusi perkongsian video yang kini giat dikongsikan di laman sosial, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memandu laju di kawasan terbabit yang menghubungkan penduduk di SS14 dan SS18 itu.

Berdasarkan pemerhatian kami, beberapa kenderaan yang dipandu laju kelihatan melayang dan bergeser kerana tidak menyedari wujudnya bonggol berkenaan yang hanya dicat dengan jalur kuning.

Biarpun memandu perlahan, dapat dilihat sebuah kenderaan turut bergeser akibat bonggol berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi.

Malah sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat seakan ‘ingin terbang’ dan hampir membahayakan nyawa pemandu itu setelah kenderaanya hilang kawalan seketika.

Perkara ini lantas ditunding jari kepada pihak pemaju, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akibat gagal meletakkan tanda amaran bagi mengelakkan pemandu memandu laju di kawasan terbabit.

Kesilapan kontraktor PRASARANA akibat tidak meletakkan papan tanda serta lampu isyarat membuatkan pemandu tidak memperlahankan kenderaan sewaktu melalui jalan tersebut.





Difahamkan, setelah mendapat aduan daripada orang ramai, pihak pemaju dikatakan telah mengambil langkah susulan bagi mengatasi masalah itu dengan meletakkan kon yang banyak, sekaligus membuatkan pengguna yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam menyedari kewujudan bonggol berkenaan. -MYNEWSHUB


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top