.... Video 50 Maut Insiden Tembakan Di Kelab Gay | AAKJ



ORLANDO – Satu insiden tembakan berlaku di sebuah kelab malam gay di pinggir Orlando, Florida awal pagi ini yang mengakibatkan 50 kematian.

Berikutan serangan tembakan rambang itu yang disifatkan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) , negeri berkenaan kini diletakkan dalam situasi darurat.

Sumber polis AS berkata, puluhan mangsa lain pula cedera.

Penyerang, Omar Mateen, berketurunan Afghan maut selepas berlaku tembak-menembak.

Pasukan pengesan bom dan bahan berbahaya berada di tempat kejadian, seperti dilaporkan agensi berita Associated Press.

Polis bandar Orlando meminta orang awam menjauhkan diri daripada kelab tersebut. Keluarga dan rakan meratapi pemergian mangsa yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Orlando. – Foto Reuters

Beberapa laporan mengatakan, sekurang-kurangnya terdengar 20 tembakan dari dalam kelab tersebut.

Rakaman video yang tersebar di media sosial memperlihatkan puluhan kenderaan ambulans dan bomba sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan beberapa orang sedang dirawat di laluan pejalan kaki.

Lebih daripada 100 orang dilaporkan sedang menikmati pesta dengan tema Latin di kelab yang terletak berhampiran Orange dan Kaley Avenue.

Pengurus kelab gay yang berjaya melarikan diri mengatakan bahawa penyerang yang bersenjata melepaskan tembakan kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan. – Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top