.... Tiada Bank Di Singapura Terima AS3 Billion, WSJ Berbohong | AAKJ



KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: PENIPUAN WALL STREET JOURNAL TERBUKTI

8 Jun 2016

1. Hari ini, tuduhan palsu Wall Street Journal terhadap Malaysia sekali lagi telah terbukti satu pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

2. Semalam WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dan sebahagian daripada dana ini kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri. Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa "Tiada bank di Singapura menerima pemindahan $3 bilion dari Goldman Sachs berhubung dengan penerbitan bon 1MDB ".

3. Sungguhpun berat dakwaan mereka, WSJ tidak memberi sebarang bukti yang boleh menyokong tuduhan mereka - ia kini proses lazim bagi mereka melaporkan Malaysia. Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka daripada sumber tanpa nama, seperti "Mereka yang arif dengan perkara itu " dan " Penyiasat" yang tidak dinamakan. Sumber-sumber ini mungkin wujud atau tidak wujud, atau boleh jadi proksi Tun Mahathir Mohamad dan Kempen Anti Najib beliau yang gagal. Rakyat Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengetahui kebenaran, kerana WSJ enggan menamakan sebarang sumber.

4. Setiap minggu banyak dakwaan WSJ dari sumber tanpa nama yang telah dibuktikan merupakan pembohongan. Seperti WSJ mendakwa bahawa Perdana Menteri tidak disoalsiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam pada 5 Disember 2015. Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor baru Bank Negara Malaysia, sedangkan ini adalah tidak benar.

5. Kini jelas bahawa WSJ telah gagal melapor secara berkecuali dan bebas mengenai Malaysia. Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak sahih oleh lawan Kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat mereka dalam kempen mereka secara terbuka mengisytiharkan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan. Ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan yang tidak sahih hanya terhadap satu negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa berat sebelah dalam pelaporan urusan dalaman Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR
PERDANA MENTERI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top