.... Skandal Sulit Pemimpin PKR Dengan Pegawai SPRM Dalam Pejabat? | AAKJ






Doktrin dan persepsi - Supaya rakyat Malaysia kekal diperbodohkan dengan pembohongan yang berterusan. Cubaan memburukkan nama baik Kerajaan Pusat terpaksa dibuat oleh Rafizi demi menjaga periuk nasi wakil rakyat pembangkang yang tidak pernah berbuat apa-apa di kawasan masing-masing.

Strategi ini dibuat supaya perhatian rakyat terarah kepada Kerajaan BN di bawah pimpinan PM Najib dan bukannya kepada prestasi wakil rakyat pakatan haram yang selama ini hanya mengutip gaji dan elaun khas bulanan tanpa gagal.

Kalau diperhatikan, strategi alih perhatian ini terpaksa dibuat secara konsisten setiap kali mereka kalah atau terdapat isu skandal yang tidak mampu mereka jawab.

Isu apa kebelakangan ini?

1. Pakatan haram pembangkang kalah besar di kedua pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar. Di sini Rafizi sendiri dilihat kononnya kepala perang di Kuala Kangsar. Apa yang Rafizi tidak buat sepanjang kempen di bulan puasa? Usung replika jet yang kononnya ingin kaitkan betapa isteri PM Najib seorang yang begitu boros? 

2. Skandal Banglo Lim Guan Eng yang menyebabkan Guan Eng dilarang muncul dengan ketara di Kuala Kangsar dan beban berkempen jentera DAP terpaksa dipikul oleh bapanya Lim Kit Siang. Mat Sabu sendiri khabarnya dilarang kerana sukar untuk menerima beliau sebagai seorang Presiden Parti dengan rekod buruk "Skandal Normah"

3. Skandal Kerajaan PKR di Selangor. Azmin sehingga sekarang ini masih membisu berhubung isu skandal pintu gerbang Selangor yang tiba-tiba projek itu kononnya sebagai 'sedekah' dari seseorang tetapi menggunakan wang rakyat Selangor terlebih dahulu dan penderma akan menggantikannya semula. Logikkah?

Malah terlalu banyak skandal mula terbongkar dan ianya seperti tiada kesudahan untuk pakatan haram pembangkang menutup bangkai yang lebih besar dari gajah tersebut.

Keputusan Azmin yang juga Timbalan Presiden parti Anwar menyokong calon PAN turut mengheret kekalahan yang memalukan gabungan baru pakatan haram tersebut.

Akhirnya bagi Rafizi jalan mudah adalah menggunakan syarikat sdn bhd yang berselindung di sebalik nama NGO cuba meracun pemikiran rakyat malaysia sekali lagi dan cuba mewujudkan hubungan buruk antara pentadbiran PM Najib dan SPRM.

Kenapa perlu ada pertemuan sulit dan siapak pegawai tersebut? Perlukah dirahsiakan sekiranya ada skandal yang dilakukan oleh pemimpin BN?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top