.... Skandal Seks Punca PAS Selangor Sanggup Gadai Maruah Islam? | AAKJ



PAS bakal dihukum di pilihanraya kecil parlimen Sg Besar apabila masih tidak mampu menyatakan pendirian perjuangan setelah apa yang Azmin Ali membuat kenyataan terbuka semalam.

Video Pengakuan Jujur Azmin, Beliau Pilih Sokong Calon PAN

Timbul persoalan yang jelas, apa fungsi PAS di Selangor sekiranya Menteri Besar sendiri menganggap dan mengangkat musuh PAS iaitu PAN sebagai calon rasmi pakatan pembangkang di pilihanraya kecil ini?

Kerusi empuk Exco milik PAS di Selangor seolah-olah hanyalah diwakili oleh manusia tamak haloba yang lebih mementingkan wang dan kuasa. Tidak lebih dari itu. Di mana laungan 'perjuangan Islam' PAS sekarang?

Apakah gema raungan tersebut hanya di lobi parlimen, di pentas ceramah ataupun di akhbar milik PAS sahaja? Di Selangor PAS hanyalah lembu atau haiwan ternakan pakatan haram pembangkang?

Ada sumber mengatakan, majoriti wakil rakyat PAS di Selangor sudah 'dibeli'? Malah ada yang mendakwa hampir kesemua mereka menunggu masa habis edah cerai talaq 3 dan akan bersama PAN pada PRU14?

Paling gila, ada kedengaran setiap dari mereka mempunyai skandal masing-masing dan akan didedahkan sekiranya mereka keluar dari kerajaan pentadbiran PKR? Termasuk ada yang terlibat dengan skandal seks? Apakah benar tiupan angin ini? Berukkah yang menggoncangkan pohon atau angin yang kencang bertiup?

Penganalisis politik Selangor menyeru agar diperhatikan segala tindak tanduk wakil rakyat PAS di Selangor. Lihat kronologi bagaimana keputusan PAS pusat sentiasa diingkari oleh PAS Selangor.

Malah pemilihan Dr Rani sebagai calon PAS di Sg Besar juga merupakan kehendak PAS Selangor dan bukannya keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat terutama dari Dewan Ulama PAS. Sehingga kini Hadi Awang tidak menjawab, kenapa anak kelahiran Sg Besar tidak menjadi keutamaan. Sudah pupuskah ahli PAS Sg Besar?

Kalau dilihat kepada siri kempen Dr Rani sendiri, beliau dilihat tidak serius menggerakkan jentera PAS di Sg Besar apabila beliau mengumumkan cuti selama dua hari dari berkempen semata-mata untuk menghantar anaknya kembali ke asrama. Apa isyarat yang Dr Rani ingin sampaikan kepada pengundi Sg Besar? Supaya mengundi PAN? Beliau sengaja ingin kalahkan PAS?

Cukupkah Dr Rani berkepit dengan stetoskop kononnya setiap kali bertemu dengan warga Sg Besar maka beliau akan berlakon dengan menekap dada dengan alat tersebut kononnya nak memeriksa mereka? Lakonan mantapkah itu?

Paling mengejutkan, tiada 'lagu' hudud pada ceramah calon PAS kali ini, tiada lenggok nak 'jual Islam' pada sidang akhbar. Yang ada hanyalah UNDILAH PAS.
 
Kita sama-sama lihat selepas pilihanraya ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top