.... Skandal Rasuah Banglo Mewah: Lim Guan Eng Tidak Akan Berundur Dari Jawatan? | AAKJ



DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Khamis sejurus selepas Guan Eng dibenarkan untuk diikat jamin oleh mahkamah hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.

Menurut sumber, mesyuarat khas itu diadakan bagi mengumumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk memangku jawatan Ketua Menteri Pulang Pinang, kerana beliau merupakan exco kanan kerjaan negeri.

Secara logiknya, dari segi struktur pentadbiran rasmi, yang layak memangku jawatan itu ialah Datuk Mohd. Rashid Hasnon, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan antara pemimpin kanan PKR Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, DAP dikatakan hanya akan mengumumkan Kon Yeow sebagai pemangku jawatan Ketua Menteri itu kerana tidak sanggup mahu melepaskan kerusi panas mereka daripada ‘jatuh’ pula ke tangan PKR.

Ternyata apabila hal yang berkaitan dengan kepentingan mereka, DAP sanggup dan tergamak pula mengetepikan hak Mohd. Rashid yang lebih layak untuk memangku jawatan penting tersebut dari sudut birokrasi? 

Sepatutnya, inilah masa yang sesuai untuk membuktikan bahawa DAP memang tidak ‘kemaruk’ kuasa dengan menyerahkan jawatan itu dipangku ADUN Pantai Jerejak tersebut berbanding diberikan kepada Kon Yew. 

Malangnya, nasib Mohd. Rashid sama sahaja seperti Timbalan Ketua Menteri yang sebelum itu, Datuk Mansor Othman hanya dieksploitasi dan kemudian ditendang keluar kerana menggelar sinis Guan Eng sebagai ‘tokong’ 

Terbukti DAP sebenarnya hanya menjadikan PKR dan PAN sebagai kuda tunggangan untuk mencapai matlamat mereka yang tersendiri malah jika dilhat dengan teliti, DAP berjaya memperbodohkan ‘rakan sepasukan’ mereka.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top