.... Skandal: Muhyiddin Bayar Isteri Orang RM5 Juta? | AAKJ




Pemimpin (Kempen Anti-Najib) ANC dan de facto pemimpin daripada Kerjasama DAP yang diterajui oleh kolaborasi Harapan yang turut dikenali sebagai Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, merungut berkenaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Mahathir berkata, beliau bertemu Hadi tiga bulan lalu secara peribadi memberitahu kepadanya dengan terperinci kisah salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu daripada salah laku Najib adalah dia bertindak sebagai ejen asing, negara yang Mahathir tidak akan namakan tetapi semua orang tahu bermakna Singapura (kerana Mahathir telah menyebutnya pada pertengahan 2013 – bahawa Najib diperas ugut oleh Singapura atas sebab-sebab yang orang tua itu tidak pasti).

Mahathir kecewa memandangkan selepas taklimat penuh tiga bulan lalu Hadi masih enggan menyertai ANC dan membantu menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri. Mahathir berkata, mungkin kerana Najib “membeli” Hadi (makan dedak atau ‘makan makanan ayam’, menurut Mahathir). Apa yang Mahathir tidak sedar, bahawa Hadi enggan menyertai ANC kerana Presiden PAS tersebut tidak mempercayai orang tua itu.

Hadi sudah tahu mengenai kisah 1MDB kononnya, RM42 bilion atau mungkin juga RM50 bilon lesap dan semua kekarutan itu, yang kini telah terbukti pembohongan semata-mata. Malah, seluruh negara telah mendengar cerita berkenaan 1.2 juta tandatangan palsu yang dipanggil petisyen Kit Siang-Mahathir yang turut dikenali sebagai Deklarasi Rakyat’.

Hadi mahu Mahathir memberitahu dia mengenai kes perceraian yang akan dibawa ke mahkamah pada 20 Jun 2016 – dua hari selepas pilihan raya kecil kedua-dua tempat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar – yang melibatkan sekutu orang tua tersebut iaitu Muhyiddin Yassin.

Menurut Raja Petra, Muhyiddin mempunyai hubungan jangka panjang dengan Nika Gee Siew Yee, isteri kepada …, kebanyakan peguam mungkin tahu siapa suami beliau. Bukan sahaja isteri Muhyiddin sedar berkenaan skandal ini, malahan ramai kakitangan Muhyiddin di Kementerian yang dia pernah ketuai juga tahu perkara ini.

Tidak berapa jelas jumlah butiran yang akan didedahkan pada 20 Jun ini – seperti Muhyiddin telah membayar Nika RM20,000 sebulan untuk jangka masa yang lama dan baru-baru dia membayarnya sebanyak RM5 juta di Singapura.

Muhyiddin juga membantu Nika memenangi projek Kompleks Sukan Kampong Pandan yang dia telah melobi, sudah tentu sebagai agen syarikat yang mengemukakan dokumen – dan Mahathir sedar akan perkara ini juga. Malah, Mahathir juga sedar bahawa hubungan di antara Muhyiddin dan Nika telah terjalin semenjak dia masih di Kementerian Pertanian lagi.

Mahathir berusaha untuk berbincang dengan Hadi secara Panjang-lebar mengenai dakwaan salah laku Najib – yang dia tidak dapat membuktikan dsebenarnya, ada yang telah dibuktikan tidak benar. Mahathir tidak menyebut apa-apa mengenai salah laku Muhyiddin, salah satunya skandal dengan isteri orang yang akan didedahkan di mahkamah pada 20 Jun 2016.

Mahathir berani menuduh Hadi makan dedak hanya kerana Hadi enggan menyertai ANC dan membantu menjatuhkan Najib. Adakah Mahathir benar-benar berminat dalam kebenaran? Jika kebenaran adalah tujuan Mahathir, mengapa melindungi kebenaran mengenai Muhyiddin? Dan apabila kita menulis dua cerita sebelum ini (Muhyiddin bogged down by personal scandals and Why is Muhyiddin so quiet regarding the allegation of an affair?) Muhyiddin atau isterinya tidak menafikan cerita tersebut.

Sebenarnya, yang jika anda benar-benar ingin mengetahui kebenarannya, Mahathir berharap agar Najib digulingkan pada Julai tahun lepas dan jika ianya berlaku maka Muhyiddin mengambil alih sebagai Pemangku Perdana Menteri dan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Selepas hanya kira-kira setahun di pejabat, Muhyiddin perlu meletakkan jawatan kerana skandal melibatkan hubungan sulit dengan isteri orang. Sebaik sahaja Muhyiddin meletakkan jawatan dalam keadaan hina maka Mukhriz ‘tiada pilihan’ selain mengambil alih jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri sehingga 2018 dimana beliau boleh disahkan sebagai Perdana Menteri apabila beliau menangi jawatan Presiden Umno (dan sebagai Perdana Menteri peluang anda untuk menang presiden Umno cukup baik).

Tetapi Najib tidak digulingkan pada bulan Julai 2015 seperti yang dirancang. Muhyiddin pula akan menghadapi skandal bulan ini pada 20 seperti yang dijangkakan. Jadi pass 20 Jun 2016 seluruh dunia akan tahu tentang skandal Muhyiddin dan tidak akan ada lubang yang cukup besar untuk Muhyiddin merangkak ke dalam.

Dan apa dia sekali lagi? Ah, ya, sekarang saya ingat … game over!

Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top